Utusan Borneo (Sabah)

Bernama serah sumbangan kepada Rumah Bakti Darussalam

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerusi stesen radio, Bernama Radio serta anak syarikatny­a Uxera Sdn Bhd pada Sabtu menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Bakti Darussalam, Taman Gombak atas inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Bantuan berbentuk beg, kasut sekolah dan alat tulis disampaika­n oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang kepada lapan penghuni tetap rumah kebajikan itu yang berumur antara tujuh hingga 13 tahun.

Bernama turut menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada pihak pengurusan rumah tersebut yang diwakili Setiausaha Agung Pertubuhan Pembanguna­n Insan Darussalam Malaysia, Mohd Pitry Bahrim.

Rumah Bakti Darussalam yang diusahakan Pertubuhan Pembanguna­n Insan Darussalam Malaysia diwujudkan awal 2018 hasil sebuah rumah yang diwakafkan di Taman Gombak.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Nurini Kassim, Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio, Azlan Idris dan CEO Uxera Sdn Bhd, Muniyati Muhamad.

Azman berkata Bernama mempunyai pelbagai saluran media termasuk radio dan televisyen untuk menguaruar­kan kewujudan rumahrumah kebajikan seumpama itu supaya lebih ramai anggota masyarakat menghulurk­an bantuan.

Beliau turut mencadangk­an supaya Rumah Bakti Darussalam dijadikan rumah angkat agensi berita berkenaan.

“Bernama mempunyai 1,000 kakitangan dan sekiranya seorang dapat menderma RM1 sebulan, maka kita mampu mengumpulk­an RM1,000 untuk didermakan,” katanya.

Nurini pula berharap jabatan lain di bawah Bernama akan turut serta dalam aktiviti kebajikan sedemikian bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi pihak Bernama Radio, Azlan berkata usaha berterusan itu adalah permulaan program CSR bagi tahun 2019 dan sumbangan akan diperluask­an ke negeri-negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak.

Sementara itu, Mohd Pitry yang berterima kasih atas sumbangan Bernama berkata kos operasi rumah kebajikan itu agak tinggi iaitu kira-kira RM960 bagi seorang pelajar dalam tempoh sebulan.

“Kami sangat berbesar hati sekiranya ada penglibata­n badan-badan korporat yang sudi menjadi penaja tetap rumah bakti ini supaya kami dapat menjalanka­n aktiviti harian,” katanya. -Bernama

 ??  ?? NURINI Kassim bersama penghuni tetap Rumah Bakti Darussalam melihat sebahagian sumbangan berbentuk beg, kasut sekolah dan alat tulis pada Majlis Sumbangan Bernama Radio dan Uxera Sdn Bhd pada Sabtu. Turut kelihatan Azman Ujang, bekas CEO Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Muniyati (kanan). -Gambar Bernama
NURINI Kassim bersama penghuni tetap Rumah Bakti Darussalam melihat sebahagian sumbangan berbentuk beg, kasut sekolah dan alat tulis pada Majlis Sumbangan Bernama Radio dan Uxera Sdn Bhd pada Sabtu. Turut kelihatan Azman Ujang, bekas CEO Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Muniyati (kanan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia