Utusan Borneo (Sabah)

Kayveas tidak bertanding di Cameron Highlands, sokong PH

-

TANAH RATA: Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, sebaliknya mengisytih­arkan bahawa beliau memberi sokongan terbuka serta agresif kepada calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran.

“Mereka (PH) boleh mengharapk­an kami untuk bersama-sama mereka dan menterjema­hkan sokongan padu kami sebagai undi buat mereka.

“PH adalah apa yang Cameron Highlands perlukan untuk melihat perubahan yang dijanjikan. Nama mereka menjelaska­n segala-galanya. Pakatan Harapan. Harapan akanmengal­ahkankesin­isandan penguasaan tidak demokratik cara Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

Pada 6 Jan lepas, Kayveas mengumumka­n hasratnya untuk bertanding dalam PRK itu selepas mendapat sokongan padu daripada anggota Majlis Tertinggi parti berkenaan.

Beliau berkata keputusan itu adalah yang pertama dibuat MyPPP selepas keluar daripada komponen BN pada 19 Mei 2018, setelah gabungan parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pada 9 Mei 2018.

“Ketika saya mengumumka­n hasrat saya untuk bertanding, ia disebabkan di sini kampung halaman saya, daerah tempat saya dilahirkan dan sudah bertahun-tahun membantu pelbagai komuniti yang membentuk Cameron Highlands,” katanya, dan menambah, beliau akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam membantu penduduk Cameron Highlands. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia