Utusan Borneo (Sabah)

3,808 premis makanan di Perak tidak pasang tanda larangan merokok

-

TAIPING: Pemeriksaa­n oleh pegawai penguatkua­sa Kementeria­n Kesihatan Perak ke atas 6,265 premis makanan sejak awal tahun ini mendapati3,808daripad­anya tidak memasang tanda larangan merokok di premis mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata 4,185 notis amaran mengenai pelbagai kesalahan dikeluarka­n dalam pemeriksaa­n itu, dan 86 individu pula dikesan merokok di premis makanan semasa penguatkua­sa menjalanka­n operasi ‘educationa­l enforcemen­t’ sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata premis yang didapati ingkar terhadap arahan memasang notis kawasan larangan merokok boleh dikenakan saman RM3,000 atau penjara tidak lebih enam tahun, jika sabit kesalahan, manakala bagi kesalahan gagal memastikan orang ramai tidak merokok di tempat makan, pemilik premis boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

“Kita harap orang ramai berhenti merokok, jika tidak pun kurang merokok di depan orang ramai, atau merokokdik­awasanlapa­ng,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di pasar siang malam di sini pada Sabtu.

Perintah larangan merokok pada mulanya dikuatkuas­a di bangunan Parlimen, sebelum diikuti larangan di premis menjual makanan mulai tahun ini di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu pihak kementeria­n dikatakan turut sedang menimbang kemungkina­n menguatkua­sa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaa­n larangan merokok di premisprem­is menjual makanan, penguatkua­sa kementeria­n kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluark­an suratsurat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didendaseh­inggaRM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, Lee berkata beliau menerima permohonan maaf daripada seorang lelaki yang mengeluark­an kata-kata kesat kepadanya dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini.

“Saya anggap kes ini telah selesai kerana lelaki tu datang menemui saya dan bersalam dengan saya pagi ini. Kita menerima apa sahaja kritikan daripada rakyat kerana apa yang penting jangan mencabar undang-undang dalam negara kerana perbuatan itu boleh dikenakan tindakan.

“Kita ada platform untuk menjelaska­n kepada rakyat kenapa kita melaksanak­an larangan merokok ini,” katanya. -Bernama

 ??  ?? LEE (tiga, kanan) memegang poster notis larangan merokok yang perlu dipamerkan di premis makanan ketika melakukan tinjauan di Pasar Siang Malam pada Sabtu. -Gambar Bernama
LEE (tiga, kanan) memegang poster notis larangan merokok yang perlu dipamerkan di premis makanan ketika melakukan tinjauan di Pasar Siang Malam pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia