Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan sertai PDRM menggalakk­an

Termasuk daripada pemegang ijazah, diploma

-

JEMPOL: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata permohonan masyarakat untuk menyertai badan beruniform itu semakin menggalakk­an termasuk daripada pemegang ijazah dan diploma.

Mengambil contoh jawatan konstabel, beliau berkata meskipun syarat kelulusan minima akademik iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperlukan, namun ia turut dipohon oleh lepasan universiti.

“PDRM amat menyambut baik dan mengalu-alukan pelatih yang mempunyai kelulusan lebih tinggi untuk menganggot­ai pasukan polis. Ini terbukti pada majlis ini apabila seramai 30 orang daripada mereka berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda, Diploma seramai 99 orang dan 40 lagi pelatih memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Oleh itu, pihak PDRM mengalakka­n lebih ramai orang awam yang mempunyai kelulusan tinggi untuk menyertai polis memandangk­an silibus dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) sentiasa dikaji dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa agar ianya kekal relevan sejajar dengan arus pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Progam Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki dan Wanita) Siri 05/2018 di Pusat Latihan Polis Air Hitam di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 358 pelatih terdiri daripada 272 lelaki dan 86 wanita berjaya menamatkan latihan asas selama enam bulan yang bermula sejak 21 Julai tahun lepas.

Pada majlis yang sama, Muhammad Zulhilmi Halim, 25, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Terbaik Akademik manakala G. Suganiya, 27, dipilih sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Terbaik Latihan Luar (Wanita). -Bernama

PDRM amat menyambut baik dan mengalu-alukan pelatih yang mempunyai kelulusan lebih tinggi untuk menganggot­ai pasukan polis. Ini terbukti pada majlis ini apabila seramai 30 orang daripada mereka berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda, Diploma seramai 99 orang dan 40 lagi pelatih memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DATUK SERI WAN AHMAD NAJMUDDIN MOHD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia