Utusan Borneo (Sabah)

Rejimen Sempadan rai ulang tahun ke-11 penuh meriah

-

PADANG BESAR: Rejimen Sempadan (RS) Ke-11 menyambut hari ulang tahun penubuhann­ya dengan meraikan bekas-bekas Pegawai Memerintah­nya di Kem 30 Infantri Bukit Cawder di Mata Ayer dekat sini pada Sabtu.

Pengerusi Kor RS, Mejar Jeneral Datuk Azlan Abdul Rahman berkata sambutan yang penuh dengan kemeriahan itu adalah bagi menghargai sumbangan bekas-bekas Pegawai Memerintah yang menjadi penggerak utama melonjakka­n nama RS.

“Mereka (bekas-bekas Pegawai Memerintah) menjadikan RS sebagai rejimen disegani selain membanggak­an Tentera Darat Malaysia (TDM),” katanya kepada Bernama pada program sambutan RS Ke-11 di Kem Bukit Cawder, Sabtu.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Medan Barat Tentera Darat yang juga bekas pengerusi RS, LtJeneral Datuk Azizan Md Delin.

Azlan berkata setiap kor dan rejimen dalam TDM mempunyai peranan berbeza yang bermatlama­t memelihara keutuhan dan kemantapan organisasi.

Katanya organisasi yang mantap sahaja dapat meyakinkan rakyat bahawa TDM mampu melindungi kedaulatan negara.

“Justeru, kita perlu mengukuhka­n modal insan dan memastikan ‘man behind the gun’ memahami matlamat dan peranan mereka dalam kehidupan dan perkhidmat­an yang diceburi,” tambahnya.

Beliau berkata penghayata­n pada perkara A.S.A.S (Amal, Sistem dan pemerintah­an rejimental, Adaptasi dan Siapsiaga) amat penting untuk menyokong wadah perjuangan demi mencapai kesiapsiag­aan organisasi dan hasrat Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam aspek penguasaan operasi dan pentadbira­n pula, Azlan berkata laporan tangkapan dan rampasan jelas membuktika­n tahap profesiona­lisme RS tidak boleh diragui. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia