12 orang awam terbunuh serangan jihad di Burkina Faso
Penyerang lepaskan tembakan ke arah pengunjung pasar minggu
OUAGADOUGOU: Seramai 12 orang awam telah terkorban pada Khamis lepas semasa satu serangan jihad di utara Burkina Faso, yang telah berdepan dengan satu gelombang keganasan Islamis, kata pihak berkuasa kelmarin.
Negara barat Afrika mengumumkan satu perintah darurat di beberapa wilayah pada hujung tahun lepas dan pada Khamis lepas telah menggantikan ketua tenteranya ketika ia berusaha untuk melakukan satu penamatan kepada beberapa serangan sebegitu.
Dalam keganasan terbaharu, penyerang bersenjata telah menyerang sebuah pasar kampung pada waktu siang, menurut kementerian keselamatan di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat kelmarin.
“Kira-kira 30 individu bersenjata mendalangi satu serangan pengganas di kampung Gasseliki,” katanya, menyatakan satu jumlah bagi 12 kematian dan dua tercedera.
“Sebuah bangsal, sebuah kereta sorong dan enam kedai telah turut terbakar,” tambahnya.
Seorang sumber tempatan memberitahu AFP bahawa penyerang “telah menggeledah kedai-kedai dan melepaskan tembakan ke arah orang awam yang mahu mengunjungi pasar minggu”.
Serangan jihad bermula di utara Burkina Faso pada 2015 namun kemudian telah merebak ke bahagian timur, berhampiran sempadan dengan Togo dan Benin.
Negara adalah sebahagian dari wilayah Sahel yang luas dan salah satu dari negeri termiskin di dunia.
Wilayah tersebut bertukar menjadi satu kawasan panas bagi kegiatan ekstremisme kejam dan ketiadaan undangundang selepas ketegangan melanda Libya pada 2011, yang diikuti oleh satu keganasan Islamis di utara Mali dan kebangkitan Boko Haram di utara Nigeria.
Kebanyakan serangan di Burkina Faso sendiri adalah berpunca dari kumpulan pejuang jihad Ansarul Islam, yang telah muncul berhampiran sempadan Mali pada Disember 2016, dan JNIM (Kumpulan untuk Menyokong Islam dan penduduk beragama Islam), yang telah mengangkat sumpah bagi kesetiaan kepada Al-Qaeda di the Islamic Maghreb.
Ansarul Islam muncul ketika keganasan merebak dari Mali, di mana pihak Islamis radikal telah merampas pekan utama Sahara pada 2012 sebelum dihalau oleh pasukan tentera Perancis.
Kumpulan yang lebih kecil adalah juga aktif, dengan angka keseluruhan pejuang dianggarkan sebagai dalam lingkungan ratusan, menurut kepada sumber keselamatan.
Kumpulan itu dipercayai sebagai bertanggungjawab untuk lebih dari 270 kematian sejak 2015. Bandar utama, Ouagadougou telah diserang sebanyak tiga kali dan hampir 60 orang telah terbunuh di sana.
Pejuang jihad telah memperluaskan penguasaan mereka secara berperingkat, memaksa pekerja kerajaan dan pihak lain yang menentang mereka untuk melarikan diri. Keganasan setakat ini menyebabkan kira-kira 40,000 kehilangan tempat tinggal.
Di bahagian utara, kumpulan bersenjata bergerak secara bebas melalui sempadan poros di negara ini.
Pejuang jihad mungkin menyasarkan pasukan keselamatan, namun turut menyerang pegawai kerajaan dan ketua tempatan yang menentang mereka.
Guru adalah bernilai disebabkan oleh bantahan tegas pejuang jihad terhadap pendidikan sekular Perancis, dengan ancaman serta serangan mereka menyebabkan penutupan beratus-ratus sekolah di bahagian utara dan timur.
Ketika negara berusaha untuk bangkit mengatasi keganasan, ketua tentera Mejar Jeneral Oumarou Sadou telah digantikan pada Khamis lepas oleh Jeneral Moise Minoungou, menurut satu dikri presiden yang dibacakan di dalam televisyen awam. — AFP