Utusan Borneo (Sabah)

MBS adakan kunjungan hormat kepada Adun Luyang

-

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah melakukan kunjungan hormat ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Ginger Phoong Jin Zhe bagi bertukar pandangan dan fikiran berkenaan dengan pembanguna­n belia di Sabah.

MBS yang diketuai Presiden, Ahmad Farid Sainuri dalam kunjungan hormat itu mendapatka­n pandangan dan respon Phoong Jin Zhe tentang isu berkenaan belia di tempat beliau.

Adun Luyang berkongsi tentang harga perumahan yang tinggi dan menyukarka­n para belia untuk membeli rumah, apatah lagi untuk memiliki rumah pertama.

Beliau juga menimbulka­n kerisauan akan berlakunya Bandar Berhantu (Ghost Town)dimanaterd­apatbanyak bangunan dan perumahan namun tiada penghuni akibat harga rumah yang sentiasa meningkat naik.

Dalam kunjungan hormat tersebut, turut dibincangk­an berkenaan pengurusan bakat belia agar bakat belia Sabah dapat disalurkan di peringkat negeri bagi memajukan negeri

Luyang memperkata­kan sesuatu kepada delegasi MBS yang diketuai Ahmad Farid Sainuri.

Sabah.

Ramai belia Sabah yang berhijrah bagi menyerlahk­an bakat mereka dan niche yang mereka ada agar dapat dimanfaatk­an.

MBS dan Phoong Jin Zhe bersependa­pat bahawa Kerajaan Negeri Sabah perlu memanfaatk­an bakat belia yang ada di Sabah dan menarik minat pelabur untuk melabur untuk para belia di Sabah terutama dalam bidang teknologi, ICT dan E-Sukan (E-Sports).

Dalam masa yang sama juga, kedua pihak bersetuju agar Majlis Perbandara­n atau Daerah perlu ada seorang Ahli Majlis dalam kalangan belia agar dapat menyantuni para belia yang ada di bandar atau daerah kerana terdapat isu yang berkaitan dengan belia yang perlu ditangani mengikut perspektif dan kehendak para belia.

Turut hadir dalam kunjungan hormat berkenaan ialah Pengerusi Tetap MBS Mazlan Johari Manan, Timbalan Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan, Naib Presiden Kevin Lo, Ketua Penerangan Mohd Zikri Zainudin, Exco MBS David Chia, Setiausaha Akhbar Adun N16 Luyang Winson Chong dan Timbalan Setiausaha Kerja MBS Mohd Taufik Ismail.

 ??  ?? ADUN
ADUN
 ??  ?? PRESIDEN MBS Ahmad Farid Sainuri menyampaik­an cenderamat­a kepada Adun Luyang.
PRESIDEN MBS Ahmad Farid Sainuri menyampaik­an cenderamat­a kepada Adun Luyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia