Utusan Borneo (Sabah)

Sandgren rangkul kejuaraan pertama jelajah ATP

-

AUCKLAND: Pemain tenis dari Amerika Syarikat Tennys Sandgren terkelu lidah semalam selepas dia memenangi kejuaraan jelajah ATP pertamanya dengan kemenangan ‘straight sets’ yang menyeluruh ke atas pemain Britain Cameron Norrie dalam perlawanan akhir Auckland Classic.

Sandgren, 27, memakan masa hanya 79 minit sahaja untuk menewaskan Norrie Norrie 6-4, 6-2 untuk melengkapk­an minggu tenis yang menakjubka­n tanpa melepaskan satu set pun.

“Saya tidak tahu hendak cakap apa,” kata Sandgren dengan lega apabila pukulan balas servis Norrie melepasi garisan belakang gelanggang untuk menamatkan perlawanan.

“Banyak kerja, banyak latihan, banyak pengorbana­n dibuat malah untuk mara ke peringkat akhir dan untuk mencapai kemenangan, saya terkelu lidah.”

Dalam kejohanan di mana tidak ada seorang pun pemain pilihan mara ke peringkat separuh akhir, Sandgren bermain dalam perlawanan akhir ATP keduanya – setelah dia tewas di Houston pada tahun lepas – manakala ia adalah perlawanan akhir pertama bagi peserta ‘wildcard’ Norrie.

Sandgren berkata pengalaman tambahanny­a ternyata penting.

“Saya meninggalk­an perlawanan itu dengan fikiran bahawa saya bermain denganamat­baiktetapi­sayamening­galkan sesuatu di atas meja. Dari segi mental, saya tidak sebagus seperti sepatutnya, jadi saya tidak mahu pulang pada hari ini dengan fikiran bahawa saya sepatutnya lebih kental dari segi mental.”

Namun keresahan tidak dapat disembunyi­kan oleh kedua-dua pemain dengan 29 kesilapan daripada Norrie dan 17 oleh Sandgren, yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Australia pada tahun lepas.

Norrie menghadapi masalah pada permulaan perlawanan apabila dia melepaskan servisnya dalam permainan pembukaan.

Pemain British yang dibesarkan di New Zealand itu merampas mata servis balik untuk menyamakan kedudukan 2-2 sebelum serta-merta melepaskan servisnya buat kali kedua, dan Sandgren memenangi set itu dengan satu pukulan ‘ace’.

Sandgren ternyata mempunyai terlalu banyak tenaga dan ketepatan untuk Norrie dalam set kedua, dengan merampas mata servis dua kali daripadany­a dan memenangi perlawanan.

Ia adalah kali pertama Sandgren menewaskan Norrie sejak empat pertemuan mereka pada masa lalu. – AFP

 ??  ?? SANDGREN bersama trofi kejohanan tenis Auckland Classic yang dimenangin­ya selepas menumpaska­n lawannya Cameron Norrie di final. - Gambar AFP
SANDGREN bersama trofi kejohanan tenis Auckland Classic yang dimenangin­ya selepas menumpaska­n lawannya Cameron Norrie di final. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia