Utusan Borneo (Sabah)

Sabah lawan JDT II

Perlawanan pertama Liga Premier 2019

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah akanmemula­kancabaran­Liga Premiermus­iminimenen­tang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di gelanggang sendiri di Stadium Likas pada 2 Februari.

Jadual yang dikeluarka­n Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dua hari lalu menyaksika­n Sabah dan JDT II adalah antara 12 pasukan dalam saingan kelas dua negara itu.

Pasukan lain terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Kebangsaan Malaysia FC (UKM FC), Sarawak, Universiti Teknologi Mara FC (UiTM FC), Pulau Pinang, Terengganu FC II (TFC II), Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor United dan Perlis.

Pertanding­an dijalankan secara liga dua pusingan di mana pasukan akan bermain 11 perlawanan di tempat sendiri dan 11 perlawanan di tempat lawan.

Dua pasukan teratas akan layak ke saingan Liga Super pada musim berikutnya manakala dua pasukan tercorot akan jatuh ke Piala FAM.

Pengurus pasukan Sabah, Henry Saimpon berkata, mereka akan cuba yang terbaik buat persiapan bagi memastikan pasukan sudah bersedia sepenuhnya apabila persaingan bermula.

“Fokus utama kita sekarang adalah untuk membina pasukan terbaik. Persiapan setakat ini berjalan lancar dan saya percaya pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih Jelius Ating akan sedia sepenuhnya apabila saingan sebenar bermula.

“Sekarang ini kita cuma masih mencari pemain import di mana masih ada tiga kekosongan. Kita akan isi kekosongan itu jika ada yang benar-benar menepati keperluan pasukan,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Sabah sudah menguji lebih 10 calon import tetapi belum ada yang berjaya memikat Jelius. Pencarian pemain import itu masih dalam proses dan masih ada masa sebelum pendaftara­n ditutup pada 20 Februari.

“Harap-harap kita akan dapat pemain import yang sesuai secepatnya supaya dapat memulakan cabaran dengan skuad penuh,” kata Henry.

Sabah kini hanya ada satu import iaitu penyerang dari Serbia,RodoljubPa­unovicyang dikekalkan dari skuad musim lalu dan masih mempunyai kontrak sehingga pertengaha­n musim ini.

Selepas menentang JDT II, Sabah akan bertandang ke tempat lawan menentang Kelantan pada 8 Februari sebelum kembali beraksi di gelanggang sendiri menentang TFC II pada 16 Februari.

Perlawanan terakhir Sabah pada Februari ialah menentang Sarawak di tempat lawan pada 23 Februari.

Fokus utama kita sekarang adalah untuk membina pasukan terbaik. Persiapan setakat ini berjalan lancar dan saya percaya pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih Jelius Ating akan sedia sepenuhnya apabila saingan SAIMPON” sebenar bermula. HENRY Pengurus pasukan Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia