Utusan Borneo (Sabah)

Piala Asia 2019: Korea, China melangkah ke pusingan 16 terakhir

-

AL-AIN: Korea Selatan dan China menjamin tempat mereka pada peringkat 16 terakhir Piala Asia kelmarin selepas mereka meneruskan permulaan yang sempurna manakala Australia menghidupk­an semula harapan mereka untuk mempertaha­nkan kejuaraan dengan kemenangan penting ke atas Palestin.

Korea Selatan, naib juara pada 2015, menang tipis 1-0 ke atas Kyrgyzstan hasil jaringan Kim Min-jae sejurus sebelum waktu rehat manakala China yang didorong oleh Wu Lei dengan selesa menang 3-0 ke atas pasukan Filipina yang dibimbing oleh SvenGoran Eriksson, musuh lama jurulatih China Marcelo Lippi.

Korea Selatan dan China terikat enam mata di tempat teratas Kumpulan C sebelum penentu kumpulan mereka Rabu ini dan menyertai Jordan pada peringkat kalah mati dalam kejohanan utama di Asia itu, yang memaparkan 24 pasukan buat pertama kali.

Korea Selatan dipaksa mengerahka­n keringat sekali lagi oleh pasukan lawan yang lebih lemah ekoran kemenangan satu gol mereka ke atas Filipina dalam perlawanan pembukaan.

Namun mereka pasti gembira untuk mara dengan selamat tanpa khidmat bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min, yang tidak bermain dalam dua perlawanan pertama di bawah persetujua­n dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Kyrgyzstan menimbulka­n beberapa waktu yang meresahkan bagi Korea Selatan pada babak pertama terutamany­a dari tendangan sudut dengan Bekzhan Sagynbaev yang menyaksika­n satu cubaannya dari jarak dekat diselamatk­an oleh penjaga gol.

Di gawang seberang, Lee Chung-yong mensia-siakan peluang keemasan apabila cubaannya melambung tinggi manakala Koo Jacheol menyaksika­n rembatan ke arah gawang ditumbuk keluar oleh penjaga gol Kutman Kadyrbekov – yang menggantik­an Pavel Matiash, yang bersalah menyebabka­n jaringan sendiri yang buruk dalam kekalahan mereka kepada China.

Daripada tendangan sudut yang dihasilkan, pemain pertahanan Min-jae melepasi pemain yang menjaganya dan dahulu sampai kepada bola di tiang dekat, di mana dia tidak membuat sebarang kesilapan untuk meletakkan pasukan Korea di hadapan.

Selepas waktu rehat, Akhlidin Israilov merayu dengan bersemanga­t bagi bola yang terkena tangan selepas sekatan Jung Wooyoung manakala Hwang Ui-jo melakukan dua cubaan yang terkena palang gol – mulamula dengan tandukan yang melantun ke atas garisan di bawah dan keluar, dan kemudian rembatan kencang yang ditolak ke atas oleh Kadyrbekov.

Penonton tidak percaya apabila Hwang Hee-chan menggegark­an palang gol sekali lagi untuk pasukan Korea, dan ia sebenarnya dapat berakhir 1-1 dengan mudah jika Kim Seung-gyu tidak menyekat rembatan kencang Tursunali Rustamov dalam masa kecederaan.

Terdahulu di Abu Dhabi, Wu Lei meledakkan jaringan pertama di antara dua golnya untuk China lima minit sebelum waktu rehat, berpusing di tepi kotak penalti dan melakukan rembatan kaki kanan ke sudut jauh.

Gol keduanya jauh lebih baik apabila dia berputar untuk merembat masuk tendangan percuma Hao Junmin melepasi penjaga gol Filipina Michael Falkesgaar­d dengan voley selepas 66 minit untuk menamatkan cabaran.

Pemain gantian Yu Dabao menambah gol ketiga dengan sentuhan pertamanya 10 minit sebelum tamat bagi China, yang berharap untuk mara lebih jauh daripada peringkat suku akhir di Australia empat tahun lalu.

“Jika kami dapat terus bermain seperti itu, kami tidak takut dengan mana- mana pasukan di Piala Asia ini,” kata Lippi, yang membimbing Itali untik memenangi Piala Dunia 2006 dan pernah bertarung dengan Eriksson ketika dia menggalas tugas dalam Serie A.

Di Dubai, jurulatih Graham Arnold memberi amaran bahawa Australia hanya akan bertambah bagus apabila juara bertahan itu menewaskan Palestin 3-0 untukmengh­ampiriperi­ngkat kalah mati.

Jaringan daripada penyerang Hibernia, Jamie Maclaren, Awer Mabil dan pemain gantian Apostolos Giannou melenyapka­n ingatan mengenai kekalahan pembukaan yang mengejutka­n kepada Jordan apabila Australia

- Gambar AFP menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B.

Pasukan Australia kini akan memulakan perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Syria pada Selasa ini dengan keyakinan yang pulih sepenuhnya.

“Sekarang seglanya adalah mengenai perlawanan menentang Syria,” kata Arnold.

“Kami akan kembali ke padang latihan, kami akan pulih dengan baik dan kami akan keluar untuk perlawanan menentang Syria dengan bermain bersungguh­sungguh dan menjangkak­an kemenangan.

“Saya menjangka kami akan menjadi semakin bagus semakin lama kami melangkah.” – AFP

 ??  ?? PENYERANG Korea Selatan Hee-Chan Hwang (kanan) melepaskan rembatan walaupun cuba dihalang oleh pemain pertahanan Kyrgyzstan sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan peringkat Kumpulan C kejohanan AFC Piala Asia 2019 di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi pada Jumaat.
PENYERANG Korea Selatan Hee-Chan Hwang (kanan) melepaskan rembatan walaupun cuba dihalang oleh pemain pertahanan Kyrgyzstan sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan peringkat Kumpulan C kejohanan AFC Piala Asia 2019 di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia