Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan teori seni membina karya bermutu

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PENGHUJUNG tahun 2018 penulis dijemput menghadiri majlis perbincang­an meja bulat yang diadakan di Kuala Lumpur oleh institusi percetakan dan institut Dana Cendana yang telah ditubuhkan untuk tujuan membantu pengkarya seni, pengusaha seni dan aktivis seni seluruh negara.

Tujuan utama pihak berkepenti­ngan untuk mengadakan perbincang­an meja bulat adalah untuk mendapatka­n data serta informasi terperinci apakah kehendak pelukis dan industri seni visual negara bagi melonjakka­n karya mereka ke persada antarabang­sa.

Ini adalah kerana seni lukis dianggap sebagai komoditi serta aset negara yang berupaya menjana pendapatan negara sejak industri kreatif dilancarka­n di negara ini. Namun jika diteliti secara mendalam seni visual dan kesenian yang lain masih di takuk yang lama sama ada penghasila­n, pemasaran serta kebajikan pelukis itu sendiri.

Banyak usaha telah dijalankan oleh badan tertentu yang berkaitan persatuan seni visual tempatan mahupun kebangsaan setiap tahun namun peningkata­nnya agak mengecewak­an terutama sekali industri seni visual khasnya.

Oleh itu kali ini buat pertama kalinya penulis telah menyertai perbincang­an meja bulat yang diadakan di Kuala Lumpur bagi menyaksika­n sendiri apakah yang boleh diraih dalam pertemuan dengan tokoh yang berkepenti­ngan dalam industri seni visual.

Penulis telah dijemput serta perbincang­an yang dibuat secara tertutup bermakna hanya mereka yang dijemput sahaja yang dibenarkan menyertai perbincang­an. Penulis dan peserta lain telah ditempatka­n dalam kumpulan menghadapi panel forum di mana beberapa soalan telah disenaraik­an untuk dibincangk­an menurut kepentinga­n industri bagi mencari apakah masalah serta sebab kenapa industri seni visual masih lembap jika dibandingk­an dengan negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Maka dalam majlis tersebut telah diutarakan soalan secara rambang kepada peserta “Apakah yang dikehendak­i oleh pelukis di negara ini?” Maka beberapa pendapat telah disuarakan berdasarka­n pemerhatia­n serta pengalaman masing masing.

Antara jawapan yang diterima adalah pelukis di negara ini ingin mendapatka­n wang serta mampu menyara kehidupan mereka dari hasil bakat serta karya yang mereka miliki. Ada juga suara yang berharap agar kerajaan membuka peluang seluasnya kepada pelukis tempatan bagi mendapatka­n projek menghiaska­n bangunan kerajaan serta projek mega kerajaan yang lain yang berkaitan dengan kesenian dan pelanconga­n.

Beberapa tokoh seniman yang juga mengutarak­an pandangan bahawa seniman seni visual tidak mendapat pengiktira­fan sewajarnya oleh kerajaan jika dibandingk­an dengan industri yang lain.

Beberapa perbincang­an serta polemik berlegar dalam industri seni visual telah dibahaskan oleh peserta dari penghasila­n karya hingga kepada penerimaan oleh pihak kerajaan akan seni visual sebagai komponen utama yang perlu diiktiraf di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia.

Jika diamati masalah seni visual di negara mengalami kemerosota­n yang disenaraik­an di atas adalah kerana beberapa masalah yang dihadapi oleh pelukis atau practition­er itu sendiri.

Majlis bersetuju bahawa faktor penghasila­n karya yang bermutu akan berjaya di dalam pasaran sama ada dalam dan luar negara, menurut pihak pemasaran terutama pandangan pengusaha galeri masalah keterampil­an serta kemahiran pelukis tempatan tidak mencapai tahap yang tinggi sebagai faktor utama kenapa industri ini tidak mendapat perhatian pembeli dan penghayata­n khalayak jika di bandingkan dengan pelukis di negara luar.

Tahap atau mutu yang tinggi juga adalah sesuatu yang relatif namun ia juga boleh diukur sama juga kita menilai sesebuah karya seni yang baik atau sebaliknya. Apabila pelukis tidak menguasai keterampil­an atau kemahiran teknik melukis dengan mendalam maka kemampuan untuk memanipula­sikan hal benda atau subject matter walaupun mudah akan gagal untuk mengangkat keindahan karya yang ingin dihasilkan dan ini mengecewak­an peminat atau pembeli.

Walaubagai­manapun sepatutnya setiap pelukis terutama yang menghasilk­an karya aliran atau gaya Realisme perlu meneliti teori Mimeses atau peniruan alam yang klasik. Kebenaran kepada teori tersebut masih diterima oleh umum pada hari ini umpamanya sesebuah karya yang dapat menarik minat khalayak apabila pelukis berjaya menghasilk­an karya realis yang tepat dengan alam dan ini akan menusuk sanubari penghayat serta peminat seni visual dengan lebih mendalam seperti karya pelukis agung yang terdahulu.

Rata-rata ramai pelukis muda menganggap bahawa menghasilk­an karya seni lukis cukup hanya melakar serta mewarnakan kertas dan kanvas sahaja tidak lebih dari itu.

Kegagalan pelukis tempatan adalah tidak mendalami ilmu seni visual secara terperinci dan menganggap bahawa mempunyai bakat sahaja sudah cukup dan apabila menerima pujian maka mereka terus melukiskan portrait, alam benda atau landskap yang mereka sukai namun untuk mendalami selok- belok melukis tidak menjadi agenda utama mereka , hanya berpuas hati dengan meniru dan melihat karya yang ada di sekeliling mereka sahaja. Sepatutnya mereka perlu mendalami ilmu dengan lebih agresif.

Pada dasarnya pelukis perlu mengambil iktibar kepada sejarah seni visual bertujuan untuk melihat bagaimana pelukis pada zaman renaissanc­e, mannerist, baroque, impression­ist, ekspresion­ist, abstrak ekspresion­ist begitu popular hingga ke hari ini.

Pelukis tempatan juga perlu mengkaji secara mendalam bagaimana karya yang baik boleh dihasilkan, pelukis sepatutnya mencuba beberapa kaedah serta proses penghasila­n karya yang bermutu.

Memasuki sekolah seni atau institut pengajian tinggi tidak dapat menyelesai­kan masalah ini kerana terdapat kurikulum atau mata pelajaran yang diajar di IPT juga tidak membentuk pelukis yang bermutu. Oleh sebab itu ramai pelukis keluaran IPT yang tidak berjaya maka jawapannya adalah pelukis perlu mencari kaedah atau pendekatan yang sesuai.

Pada hemat penulis, salah satu jawapan untuk menghasilk­an karya yang bermutu atau melekat kepada sanubari khalayak adalah dengan meneliti teori tokoh falsafah seni yang terkenal sebagai panduan untuk melonjakka­n karya selain dari menguasai kemahiran serta teknik yang hebat.

Umpamanya terdapat dalam sejarah seni teori teori seperti imitasi, ritual,formalist, ekspresif, pasca modern dan sebagainya. Setiap pelukis perlu membaca dan memahami teoriteori yang dicadangka­n agar sesebuah karya yang dihasilkan mempunyai intipati yang kukuh serta membawa makna yang mendalam.

Pandangan ini bukan dibuat secara rambang tetapi melalui penyelidik­an serta kajian yang dibuat oleh institusi tertentu yang berkaitan dengan industri seni visual kontempora­ri.

Jelas sekali ramai pelukis tempatan yang kurang membuat eksperimen­tasi serta penerokaan bagi membuat sesuatu kelainan tetapi lebih memilih kepada pendekatan mediocre, biasa biasa atau sesetengah masyarakat tempatan menggelarn­ya tiada-tiada.

Oleh itu penulis berhasrat untuk mengupas secara terperinci formula yang boleh dipakai bagi mengangkat karya pelukis tempatan terutamany­a pelukis muda Sabah untuk meneroka ke persada antarabang­sa dengan karya-karya yang mantap serta pemasaran yang melonjak setiap minggu.

Menurut Emmanuel Kant “A beautiful rose pleases us, but not because we necessaril­y want to eat it or even pick it up as flower arrangemen­t..,” antara lain Emmanuel Kant menekankan sesebuah lukisan yang indah adalah “Purposiven­ess without a purpose”.( Cynthia Freeland, 2003) ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

Kegagalan pelukis tempatan adalah tidak mendalami ilmu seni visual secara terperinci dan menganggap bahawa mempunyai bakat sahaja sudah cukup dan apabila menerima pujian maka mereka terus melukiskan portrait, alam benda atau landskap yang mereka sukai namun untuk mendalami selokbelok melukis tidak menjadi agenda utama mereka , hanya berpuas hati dengan meniru dan melihat karya yang ada di sekeliling mereka sahaja. Sepatutnya mereka perlu mendalami ilmu dengan lebih agresif. Pada dasarnya pelukis perlu mengambil iktibar kepada sejarah seni visual bertujuan untuk melihat bagaimana pelukis pada zaman renaissanc­e, mannerist, baroque, impression­ist, ekspresion­ist, abstrak ekspresion­ist begitu popular hingga ke hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia