Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan GPS terbuka terima aduan, masalah rakyat

Pendekatan lebih inklusif dipraktik untuk terus mendekati rakyat: Dr Abdul Rahman

-

LIMBANG: Kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa terbuka menerima aduan dan permasalah­an dihadapi rakyat.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pendekatan lebih inklusif akan dipraktikk­an untuk terus mendekati rakyat melalui penubuhan GPS di Sarawak.

“Kita sentiasa mendekati rakyat dan terbuka menerima aduan dan permasalah­an dalam menangani segala isu dihadapi rakyat khususnya di Limbang.

“Permasalah­an ini cuba ditangani sebaik mungkin melalui pusat khidmat kita dan melalui peranan agensi kerajaan berkaitan,” katanya kepada media selepas Program Jelajah Bendera GPS 2019 anjuran GPS Negeri di Dewan Suarah Limbang pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, ketua rombongan Gerald Rentap Jabu, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan tetamu lain.

Adun Bukit Kota itu berkata melalui semangat GPS, Sarawak dimajukan sekali gus mencapai negeri termaju pada 2030.

Jelasnya, GPS dipimpin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai perancanga­n rapi untuk membangunk­an Sarawak.

“Malah, Sarawak dipimpin Abang J oh ari juga mempunyai perancanga­n pentadbira­n kewangan kukuh. DR ABDUL RAHMAN ISMAIL Menteri Muda Pertanian

“Peruntukan besar disalurkan membangunk­an negeri ini termasuk di utara Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah entiti baharu berdaftar di bawah gabungan parti-parti politik kelahiran Sarawak, falsafah perjuang hak dan kepentinga­n negeri ini diteruskan.

“GPS meneruskan usaha membangunk­an negeri ini sekali gus merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

“GPS membenarka­n rakyat Sarawak lebih bebas membuat keputusan sendiri dalam hal melibatkan kepentinga­n rakyat dan negeri ini,” katanya.

Hampir 1,000 penyokong GPS hadir pada program itu.

Sementara itu, hadirin bertafakur seketika bagi memperinga­ti pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Limbang menjadi destinasi keduapenge­nalanpertu­buhan politik anak tempatan itu.

Pengenalan logo dan lagu GPS dilaksanak­an menerusi siri jelajah seluruh negeri selain penyerahan bendera.

Selain Lawas dan Limbang rombongan jelajah turut berkunjung ke Miri, Bintulu, Mukah, Selangau, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Balai Ringin, Serian, Siburan, Bau, Lundu, Asajaya dan akhirnya di Sadong Jaya.

Terdahulu, Sebastian berkata jelajah tersebut diadakan untuk memperkena­lkan logo dan lagu GPS seterusnya menyerahka­n bendera di setiap destinasi hentian.

Menurutnya, kemuncak jelajah adalah pelancaran GPS pada 19 Januari ini yang bakal disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sarawak dapat memberi sokongan kepadapoli­tikbaharud­iterajui parti anak tempatan itu.

“Kita sentiasa mendekati rakyat dan terbuka menerima aduan dan permasalah­an dalam menangani segala isu dihadapi rakyat ” khususnya di Limbang

 ??  ?? DR Abdul Rahman (depan, kanan) menyerahka­n bendera GPS kepada Sufian (depan, kiri) sambil disaksikan Rentap (tengah) bersama kenamaan lain di Limbang pada Jumaat.
DR Abdul Rahman (depan, kanan) menyerahka­n bendera GPS kepada Sufian (depan, kiri) sambil disaksikan Rentap (tengah) bersama kenamaan lain di Limbang pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia