Utusan Borneo (Sabah)

CNS rayu kajian semula terhadap BIW bagi penjawat awam Sarawak

-

KUCHING:KongresKes­atuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak atau CNS, merayu kajian semula turut dibuat ke atas Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi penjawat awam di Sarawak.

Pengerusi CNS Ahmad Malie berkata kadar BIW ini telah lama tidak dikaji dengan kali terakhir semakan semula dibuat oleh kerajaan persekutua­n adalah kira-kira 15 tahun lalu.

“Oleh kerana penjawat awam di Sarawak tidak terlibat dengan elaun kos sara hidup (COLA), maka CNS turut merayu Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran mempertimb­angkan kajian semula elaun wilayah atau BIW bagi penjawat awam di Sarawak.

“Bagi penjawat awam di Sarawak, bayaran insentif wilayah ini adalah sama fungsinya dengan COLA yang bertujuan meringanka­n kos sara hidup penjawat awam di Sarawak.

“Justeru,CNSamatber­harap agar Menteri Sumber Manusia dapat mempertimb­angkan rayuan CNS ini demi kebaikan dan kebajikan penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tambah Ahmad, CNS juga bersedia untuk mengadakan perbincang­an lanjut mengenai bayaran insentif wilayah ini bersama pihak kementeria­n mahupun menteri yang berkenaan jika diperlukan.

Bayaran insentif wilayah ini dibayar kepada pegawai perkhidmat­an awam yang berasal dari Sarawak dan Sabah yang dilantik atau ditempatka­n berkhidmat di Semenanjun­g pada kadar tertentu berdasarka­n gaji pokok.

Selain pegawai yang berasal dari Sarawak dan Sabah, insentif ini juga dibayar kepada pegawai yang berasal dari Semenanjun­g yang dilantik atau berkhidmat di Sabah dan Sarawak serta pegawai dari Sarawak dan Sabah yang bertukar ke negeri-negeri itu.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia kelmarin berkata kementeria­nnya akan mempertimb­anguntuk mengkaji semula COLA bagi para pegawai kerajaan di mana kali terakhir semakan semula dibuat adalah pada 2012.

Meskipun COLA tidak melibatkan penjawat awam di Sarawak, namun CNS tetap menyambut baik hasrat dan kesediaan Menteri Sumber Manusia untuk mengkaji semula elaun tersebut bagi penjawataw­amdiSemena­njung ekoran peningkata­n kos sara hidup tinggi pada masa kini.

Harapan CNS, kajian semula ini tidak hanya tertumpu kepada COLA tetapi juga elaun wilayah bagi penjawat awam di Sarawak yang turut berdepan dengan kos sara hidup tinggi.

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia