Utusan Borneo (Sabah)

Wanita warga emas dirompak ketika berehat di rumah

-

KUCHING: Seorang wanita warga emas dirompak dua lelaki bersenjata­kan objek tajam ketika sedang berehat di rumahnya di sebuah taman perumahan di Petra Jaya di sini sekitar jam 9.30 pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, mangsa berusia 75 tahun itu didatangi dua lelaki terbabit yang kemudian terus mengacukan senjata tajamkeara­hnyadanmen­garahkanny­a mendiamkan diri.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan hanya mengikut arahan kedua-dua suspek. “Mujur mangsa tidak diapa-apakan dalam kejadian tersebut dan suspek semasa beredar dari tempat kejadian turut melarikan beberapa barang berharga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Difahamkan, mangsa selepas kejadian tersebut telah memaklumka­n kepada keluargany­a dan kemudian membuat laporan berhubung kejadian.

Antara barang-barang yang dilaporkan hilang ialah televisyen, jam tangan beberapa peralatan dapur.

Ng memberitah­u, pihaknya sedang giat menjalanka­n siasatan berhubung kejadian.

“Kepada masyarakat yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurka­nnya kepada mana-mana balai polis berhampira­n untuk tindakan selanjutny­a,” kata Ng.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkumpula­n tanpa senjata api.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia