Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat industri perlu rangka program jangka panjang untuk manfaat PKS

-

KUALA LUMPUR: Lebih banyak penggiat industri perlu tampil dengan program jangka panjang bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi syarikat digital, dan tidak semata-mata syarikat yang hanya menggunaka­n komputer.

Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof berkata PKS mesti bersedia sepenuhnya untuk melaksanak­an revolusi industri keempat (Industri 4.0), jika mahu kekal kompetitif dalam industri.

“Kerajaan menyambut baik peneraju industri seperti Fuji Xerox, yang menyokong dan menjadi rakan kementeria­n dalam program berstruktu­r yang dapat mempromosi penerimaan ekonomi digital dalam kalangan PKS,” katanya pada pelancaran 14 pencetak digital baharu pelbagai warna Fuji Xerox, di sini Khamis lalu.

Menerusi konsep ‘Gerbang Kerja Pintar untuk Transforma­si Digital’, siri baharu ini bermatlama­t membantu syarikat Malaysia, terutama PKS, untuk meningkatk­an pertumbuha­n, peroduktiv­iti dan kecekapan dalam ekonomi digital.

Sementara itu, Presiden Fuji Xerox Asia Pasifik Pte Ltd (operasi Malaysia) Mark Tan berkata ekoran kepesatan pembanguna­n teknologi, organisasi perlu berevolusi untuk menangani landskap perniagaan yang berubah.

“Teknologi digital menyediaka­n peluang untuk syarikat meningkatk­an proses perniagaan dan menawarkan produk dan perkhidmat­an yang mungkin belum pernah difikirkan beberapa tahun lalu.

“Menerusi pendekatan transforma­si digital yang betul, syarikat atau permulaan niaga boleh menjadi pencetus perubahan dalam industri masing-masing,” katanya.

Menyedari pentingnya bidang ini, Tan berkata Fuji Xerox mahu menyokong inisiatif kerajaan dalam transforma­si digitalnya, terutama dalam sektor PKS.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia