Utusan Borneo (Sabah)

Zaaim protege Siti Nordiana dinobat juara Mentor 7

-

SELEPAS sembilan minggu bersiaran, Mentor 7 melabuhkan tirainya dengan menobatkan protege kepada Siti Nordiana, Zaaim Abdullah, 28, sebagai juara pada pentas akhir yang berlangsun­g di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, baru-baru ini.

Kemenangan Zaaim menepati ramalan ramai, sekali gus melayakkan­nya membawa pulang wang tunai RM80,000 dan sebuah kereta bernilai RM70,000.

Pada malam itu, Zaim menyanyika­n lagu ‘Gemuruh’ duet bersama Lan Solo dan ‘Bukan Rayuan Gombal’ nyanyian asal Judika.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Faizul Ashraf Fauzi, 24, atau Pasya iaitu protege kepada Aizat Amdan yang turut menerima pujian ketika membawakan lagu ‘Bohemian Rhapsody’ bersama Jaclyn Victor.

Untuk persembaha­n solo, Pasya memilih lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’ nyanyian Misha Omar. Dengan kemenangan itu, Pasya membawa pulang wang tunai RM40,000.

Tempat ketiga pula diungguli Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 24, yang memilih lagu ‘Bagaikan Sakti’, berduet dengan Ernie Zakri dan manakala persembaha­n solonya adalah ‘Laksamana Raja Di Laut’.

Protege kepada Hafiz Suip itu menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Walaupun berada di tempat keempat, Farranisha Shazwany Mohd Faizul, 18, atau Ranisha tidak pulang dengan tangan kosong.

Protege kepada Datuk Syafinaz Selamat itu membawa pulang wang tunai RM10,000.

Pada malam itu, Ranisha berganding dengan Siti Sarah menyampaik­an lagu ‘Beribu Sesalan’ dan memilih lagu ‘Listen’ untuk persembaha­n secara solo.

Pentas akhir Mentor 7 yang dihoskan oleh Shuk Sahak dan Nana Mahazan turut menampilka­n Ratu Rock negara Ella sebagai artis undangan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia