Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Abdullah Sultan Pahang yang baharu

- -Bernama

PEKAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantik­an Sultan Ahmad Shah berkuatkua­sa sertamerta.

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang membuat pengumuman itu berkata, cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan ayahanda Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering.

Baginda berkata cadangan untuk melantik Tengku Abdullah dikemukaka­n pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsun­g di Kuala Lumpur pada Jumaat setelah perbincang­an diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetuj­ui sebulat suara.

“Dalam keadaan sedih, dan dukacita saya dan keluarga menerima hakikat bahawa paduka ayahanda saya tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungja­wab sebagai raja pemerintah.

“Menyedari keadaan ini, saya dan keluarga terdekat telah bersependa­pat untuk mencadangk­an kepada Jumaah Pangkuan negeri supaya paduka kekanda saya Tengku Abdullah untuk dilantik sebagai pengganti kepada ayahanda Sultan Pahang,” katanya pada sidang media khas di Istana Abu Bakar di sini pada Sabtu.

Sidang media itu turut dihadiri ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Salehuddin Ishak, Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah, kerabat dan barisan pentadbira­n negeri.

Tengku Abdul Rahman berkata berikutan itu Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada mesyuarat itu telah bersetuju meluluskan pindaan pada Bahagian 1 Perkara 9 A Undang-undang Tubuh Negeri Pahang untuk memberi kuasa kepada Jumaah Pangkuan Diraja Pahang untuk menurunkan takhta dari raja kerana kegeringan besar dan berat selepas disiasat, berkuatkua­sa 11 Jan.

Katanya semasa pindaan itu dilakukan Sultan Abdullah selaku salah seorang ahli majlis berkenaan meninggalk­an mesyuarat berkenaan untuk perkara itu dibincangk­an dan selepas keputusan diambil ia telah dipersemba­hkan kepada baginda Sultan Abdullah untuk dipersetuj­ui.

“Saya yakin paduka kekanda saya akan menjadi seorang Sultan yang cekap, cergas dan seadil yang tidak kurang daripada ayahanda saya... ayahanda saya mendidik baginda dengan memberi segala latihan, tunjuk ajar dan bimbingan dan telah menjalanka­n tugas sebagai Pemangku

Raja

Pahang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia