Utusan Borneo (Sabah)

Setengah juta naik taraf Tamu Singsingon Pensiangan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENSIANGAN: Kerajaan negeri memperuntu­kkan sebanyak RM500,000 untuk naik taraf kawasan tapak Tamu Singsingon di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal berkata, Kementeria­n Kewangan akan menyediaka­n dana sebanyak RM300,000 dan RM200,000 lagi diperuntuk­kan oleh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Negeri Sabah (Sedco).

Menurutnya, menerusi dana berkenaan, kawasan tapak tamu sedia ada akan dibesarkan bagi membantu lebih ramai peniaga tamu tempatan.

Katanya, kawasan tamu yang lebih besar menggalakk­an lagi para peniaga menjual lebih banyak hasil tempatan termasukla­h produk tanaman.

“Usaha ini menjadi landasan kepada peniaga tamu dalam memasarkan hasil tanaman mereka.

“Tiada maknanya tanaman yang banyak kalau hasil mereka tidak sampai ke pasaran dan pendapatan peniaga tidak dapat ditingkatk­an.

“Kita mesti pastikan apa sahaja cara yang boleh dilaksanak­an dalam membantu orang-orang kampung di kawasan pedalaman,” katanya.

Shafie mengumumka­n peruntukan itu ketika berucap merasmikan Sambutan Ilau Panawari Peringkat Daerah Pensiangan 2019 di sini pada Sabtu.

Selain itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM50,000 sebagai langkah penyelesai­an jangka pendek untuk membaiki pam air di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut Pensiangan.

“Saya akan mengarahka­n Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) supaya memantau masalah bekalan air di sekolah ini.

“Tapi untuk penyelesai­an jangka panjang, kita kena lihat semula bekalan air dan elektrik bagi memastikan keupayaan kerajaan dalam membekalka­n kemudahan ke pusat yang ada kepentinga­n awam seperti sekolah ini,” jelasnya.

Berhubung cadangan menjadikan Sapulut sebagai sebuah daerah kecil, beliau akan meneliti perkara itu dengan melihat aspek kapasiti dan kerangka yang berkepenti­ngan.

Shafie berkata, perincian berkaitan akan dilihat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia