Utusan Borneo (Sabah)

Fabregas kembali bergabung dengan Henry di Monaco

-

MONACO: Cesc Fabregas melengkapk­an perpindaha­nnya dari Chelsea ke kelab bermasalah dalam Ligue 1 Monaco kelmarin untuk bersatu semula dengan rakan lamanya di Arsenal Thierry Henry.

Fabregas menandatan­gani kontrak selama tiga setengah tahun di Stade Louis

II selepas dia lulus pemeriksaa­n kesihatan pada awal hari itu di pantai Mediterran­ean.

Sumber memberitah­u AFP Chelsea hanya akan menerima bayaran yang ada kaitan dengan prestasi Fabregas di Monaco, yang bercanggah dengan laporan media bahawa kelab itu sudah bersetuju untuk membayar Chelsea 10 juta euro (RM48 juta) bagi pemain itu yang kini dapat membuat penampilan sulung untuk kelab baharunya dalam perlawanan di Marseille dalam Ligue 1 pada Ahad (malam ini waktu bermain bersama Henry, pengurus Monaco, di Arsenal pada awal kariernya, antara 2003 hingga 2007, dan kedua-dua mereka mempunyai ejen yang sama iaitu Darren Dein. “Wah! Sata berbesar hati untuk mengumumka­n saya akan memulakan perjalanan mengujakan bersama kelab yang amat bersejarah ini. @ AS_Monaco akan menjadi tempat tinggal saya selama 3.5 tahun akan datang dan saya tidak sabar lagu mahu memulakan cabaran baharu ini,” tweet Fabregas. Sekarang 31 tahun, Fabregas akhirnya mengambil langkah yang sama seperti Henry apabila dia meninggalk­an Stadium Emirates untuk menyertai Barcelona, tetapi dia kembali ke bola sepak Inggeris bersama Chelsea pada 2014.

Selepas memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama pasukan The Blues, dia telah diketepika­n di Stamford Bridge pada musim ini di bawah jurulatih baharu Maurizio Sarri.

Fabregas mengucapka­n selamat jalan dengan tangisan kepada penyokong Chelsea dalam kemenangan 2-0 dalam Piala FA pada Sabtu lalu ke atas Nottingham Forest di stadium sendiri, di mana tendangan penaltinya telah diselamatk­an oleh penjaga gol pasukan lawan.

Selepas menikmati karier yang gilang-gemilang, dilengkapi dengan kemenangan Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010, Fabregas tiba di sebuah kelab yang menjadi juara Perancis hanya 18 bulan yang lalu tetapi kini dalam krisis. - AFP

 ??  ?? Malaysia). Fabregas
Malaysia). Fabregas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia