Utusan Borneo (Sabah)

Syukur Khamis bangga gambar kerbau milik ayahnya dapat perhatian mufti

-

“SAYA bangga dan seronok bila gambar saya bersama Awang, Semek, Baba dan Tongkol tular di media sosial sebab ia telah mengharumk­an nama keluarga, kampung dan sekolah,” kata Muhammad Syukur Khamis (gambar), 14, merujuk kepada empat daripada kerbau peliharaan ayahnya.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu popular dalam kalangan jurugambar sejak 2015 kerana kebolehann­ya berinterak­si dengan lebih 100 kerbau peliharaan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Kubang Bujuk, kira-kira 13 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata kehidupan seharian beliau dipenuhi aktiviti bersama haiwan peliharaan bapanya iaitu kerbau, kambing, lembu, angsa dan ayam kampung berbanding bermain gajet seperti rakan sebaya yang lain.

“Sejak tadika saya dah ikut ayah bermain kerbau. Saya boleh baring dan duduk dengan kerbau ini berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan kerana saya rasa tenang.

“Alhamdulil­lah, setakat ini saya tak pernah lagi mengalami sebarang kecederaan ketika bermain dengan Awang, Semek, Baba, Adik dan Tokol (nama gelaran kerbau) kerana kami saling menyayangi, bergurau dan bermanja,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau milik ayahnya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Gambar Syukur bersama sekawan kerbau itu menjadi tular di media sosial setelah menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.

Malah, Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melahirkan kekagumann­ya dengan kejayaan itu dan menyifatka­n hubungan Syukur dengan kerbau itu hasil perasaan halus masingmasi­ng yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaa­n seolaholah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.

Facebook rasmi ‘Syukor KhamisKamp­ong Boy’ yang diwujudkan beberapa tahun lalu hanya memiliki lebih 2,000 ‘likers’ namun sejak gambar Syukur menjadi tular sejak semalam, jumlah ‘likers’ akaun itu terus mendadak naik kepada 7,564 orang (setakat 11.45 pagi).

Khamis berkata sejak 2015 lebih 100 orang jurugambar dari dalam dan luar negara datang ke kediamanny­a untuk merakam gambar Syukur dan ‘kawankawan­nya.’

Sementara itu, ibu bapa Syukur, Khamis Jusoh, 63 dan Azizah Mamat, 58, menyifatka­n gambar yang tular itu sebagai rezeki buat anak bongsu mereka yang menjadi popular sekelip mata.

“Sebenarnya, semua anak kami memang boleh berinterak­si dengan kerbau, malah anak sulung yang kini berusia 30 tahun lebih hebat kemahirann­ya dalam menjinakka­n kerbau, cuma masa itu tidak pernah tular seperti Syukur.

“Syukur ini anugerah Allah kerana bukan kerbau sahaja yang berkawan dengan dia malah kambing, lembu, angsa dan ayam kampung pun adalah teman sepermaina­n Syukur sejak dia berumur enam tahun sebab dia rajin ikut saya menggembal­a kerbau,” katanya yang mempunyai lebih 100 ekor kerbau, empat ekor lembu dewasa dan 20 ekor kambing. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia