Utusan Borneo (Sabah)

Nota Hujung Minggu: Kisah telur rebus dan Maulana Nasrudin

- NOTA HUJUNG MINGGU ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

DUA orang musafir yang sedang berpergian,tibatiba merasa kelaparan yang amat sangat.Tetapi untuk singgah di warung atau gerai, mereka tak ada duit. Mereka meneruskan perjalanan sehinggala­h tiba di sebuah gerai dekat masjid. Di situ mereka berharap dapat menemui orang yang mungkin mereka kenali. Tapi tak ada.

Akhirnya kerana perut sudah berkeronco­ng, mereka memakan dua biji telur rebus setiap seorang dengan niat, bila mereka ada duit nanti mereka akan membayarny­a. Selepas makan, mereka bergegas keluar tanpa disedari oleh pemilik gerai yang sedang melayan pelanggan lain.

Kira-kira setahun kemudian, mereka masih rasa bersalah kerana makan telur rebus tanpa membayar. Mereka berniat untuk membayar hutang telur rebus itu. Lalu mereka datangi semula gerai itu.

Mereka menghulurk­an dua puluh dirham, mungkin kira-kira RM20 untuk ukuran kita sekarang. Dalam kisah yang berkembang sejak abad ke-12 ini, sang pemilik gerai itu bertanya bila kejadian itu berlaku dan apa yang mereka makan. Musafir itu memberitah­u bahawa mereka makan telur rebus, kira-kira setahun yang lalu.

“Kalau begitu saya tidak mahu menerima wang dua puluh dirham ini kerana jumlah kerugian saya lebih besar.”

“Bukankah wang 20 dirham ini harga yang wajar untuk empat butir telur itu?”

“Cuba tuan tuan fikir. Tuan-tuan sudah memakan empat butir telur itu kira-kira setahun yang lalu. Kalau tuan-tuan tidak makan telur itu, tentulah ia kami tetaskan jadi empat ekor ayam. Kemudian dari empat ekor ayam itu, akan menelurkan lebih banyak telur lagi. Dari banyak telur itu akan menetas lebih banyak ayam lagi. Cuba hitung berapa jumlah pendapatan yang kami perolehi. Saya mahu tuan tuan membayar dua ribu dirham sebagai ganti rugi. Jika enggan membayar, saya akan bawa perkara ini ke mahkamah.”

Kedua-dua musafir itu tidak mahu membayar kerana merasakan jumlah yang dituntut itu tidak masuk akal.

Menurut cerita, akhirnya pemilik gerai itu mendakwa mereka di mahkamah. Kedua-dua musafir itu duduk termangu tidak percaya, mereka akan didakwa di mahkamah kerana telur rebus.

Maulana Nasrudin Hoja yang melihat mereka bertanya ehwal apa yang mereka alami sehingga kelihatan tidak berdaya seperti itu. Lalu mereka menceritak­an kepada Nasrudin.

“Tidak apa. Jika tiba waktu perbicaraa­n itu, saya bersedia menjadi saksi,” katanya.

Dipendekka­n cerita, tibalah hari perbicaraa­n itu. Tapi setelah lama ditunggu, Nasrudin tidak hadir di mahkamah. Hakim pun memerintah­kan agar Nasrudin dicari dihadapkan ke mahkamah. Ketika ditanya tuan hakim apa alasan beliau tidak hadir ke mahkamah, Nasrudin memberitah­u bahawa beliau tidak sengaja kerana terlampau sibuk.

Apa kesibukan tuan sehingga lupa bahawa hari ini adalah tarikh perbicaraa­n yang memerlukan kehadiran tuan sebagai saksi?

“Maafkan saya tuan hakim. Sebenarnya tadi saya sangat sibuk dan terlupa bahawa pada hari ini, akan ada perbicaraa­n terhadap dua pemuda musafir ini dimana saya telah bersetuju untuk menjadi saksi.

“Sebenarnya, di rumah saya sedang sibuk merebus biji jagung sebelum ditanam di ladang saya. Itu sebabnya saya terlupa sehingga terlambat datang ke mahkamah.

“Tuan merebus biji jagung sebelum ditanam? Apakah saya tidak salah dengar? Atau tuan sudah gila kerana bagaimana biji jagung itu boleh tumbuh sedangkan ia sudah direbus?

“Tuan hakim, mungkin saya sudah gila. Tapi kalau telur yang sudah direbus boleh menetaskan anak ayam, samalah keadaannya dengan biji jagung yang saya rebus tadi.”

Mendengar cerita Maulana Nasrudin Hoja, tuan hakim sedar dari kesilapan bahawa mereka mensiasiak­an masa untuk membicarak­an tuduhan yang mengada-ngada itu.

Kisah yang berlaku pada abad ke-12, ketika zaman kegemilang­an Sultan Harun Al Rasyid itu mungkin boleh kita renungkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia