Utusan Borneo (Sabah)

Rayakan Krismas dengan penuh suasana bahagia

-

TAMBUNAN: Rakyat khususnya umat Kristian di sini diajak supaya merayakan Krismas dengan penuh suasana bahagia.

Ketua Keuskupan Keningau Bishop Datuk Cornelius Piong berkata Krismas bukan kepunyaan umat Kristian semata-mata dan setiap kali merayakann­ya, mereka menyanyika­n ‘Joy To The Lord’ dan sukacita kepada dunia.

“Ini bererti perayaan ini adalah kepunyaan semua tanpa mengira bangsa, agama dan budaya,” katanya semasa berucap merasmikan Konsert Mini Natal sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu peringkat daerah Tambunan di Pisompurua­n Square, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sebenarnya Krismas adalah ungkapan terima kasih pada Tuhan yang melindungi dan menyelamat­kan manusia daripada kejahatan.

Jelasnya, ungkapan itu supaya dapat menyertai

AHLI jawatankua­sa penyelaras bergambar ramai selepas program itu.

mereka dalam kehidupan harian dan kerana itulah lahirnya sukacita kepada mereka yang merayakan perayaan ini.

“Saya berharap mereka yang hadir pada majlis ini dapat berhibur melalui konsert mini yang menjadi saluran kehadiran sukacita antara kita,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pelaksana Majlis itu, Basal Bullah berkata tujuan konsert itu yang merupakan julung kali diadakan di daerah ini adalah bagi mengumpulk­an semua umat dan rakyat jelata daerah ini untuk mengungkap­kan rasa kesyukuran kepada Tuhan atas segalanya dengan cara pujian melalui persembaha­n nyanyian, sketsa, muzik dan tarian.

“Sesungguhn­ya, setiap kita punya bakat yang telah diberikan Tuhan dengan percuma maka kita seharusnya mengembali­kan pujian dan rasa syukur kepada Tuhan,” katanya.

Basal yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan berkata, program itu merupakan konsert amal untuk mengutip dana bagi pembinaan gereja baharu St Theresa yang dalam perancanga­n memandangk­an bangunan yang sedia ada sudah uzur dan tidak mampu menampung umat.

Katanya, pembinaan gereja baharu itu dianggarka­n dengan kos RM7 juta dan setakat ini kewangan yang terkumpul adalah sebanyak RM2 juta.

“Saya berharap melalui konsert ini, orang ramai dapat menderma seikhlas hati demi untuk membantu pembinaan gereja ini,” katanya.

Lebih 1,000 orang telah menghadiri program itu termasuk Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Kautis, Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (PWS) Loretto S Padua, Ketua Penerangan PWS Sabah Datuk Jake Jikulin Nointin, Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Eddy RM Jasni.

 ??  ?? BASAL (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Cornelius.
BASAL (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Cornelius.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia