Utusan Borneo (Sabah)

Polis belum kenal pasti identiti suspek

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sehingga kini pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek yang ditembak mati pasukan keselamata­n berikutan tindakan menjadikan kanakkanak perempuan berusia tiga tahun sebagai tahanan di Telipok pada Ahad.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, pasukan polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri suspek ketika kejadian dan percaya penjenayah itu adalah warganegar­a asing.

“Cap jari telah diambil dan dihantar ke Jabatan Pendaftara­n Negara untuk mendapatka­n rekod sekiranya suspek mempunyai dokumen yang didaftarka­n dan pihak polis akan menyemak rekod jenayah lampau.

“Kita juga berjaya menemui sebuah telefon daripada suspek...ia sudah dihantar ke bahagian forensik dianalisa mendapatka­n semua nombor kenalan.

“Dari sana, kita mungkin boleh mendapatka­n bantuan mengenal pasti identiti suspek,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Beliau juga meminta bantuan orang ramai untuk tampil membantu siasatan sekiranya mengenali suspek.

Katanya, polis juga menyangkal pelbagai khabar angin yang menyatakan empat jari kanak-kanak itu dipotong.

“Semua itu tidak benar, mangsa selepas diselamatk­an dihantar ke Hospital Tuaran kemudian dipindahka­n ke Hospital Wanita dan KanakKanak Likas untuk rawatan lanjut.

“Anak ini dalam keadaan yang stabil walaupun mempunyai kesan luka akibat suspek yang meletakkan pisau di leher kanak-kanak itu,” katanya.

Omar juga menafikan bahawa suspek adalah bapa kepada mangsa kerana kanak-kanak itu diculik secara rawak dijadikan tawanan ketika bermain di tingkat empat perumahan Telipok Ria.

“Suspek juga tidak ada kaitan dengan ibu bapa mangsa, kerana berdasarka­n maklumat, ibu kepada anak serta penduduk sekitarnya ketika ditanya mereka tidak mengenali dan suspek juga tidak tinggal di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, ketika dalam rundingan diantara polis dan suspek, Omar berkata suspek hanya menyebut satu nama iaitu ‘Rashid’.

Katanya, polis akan membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu, hasil pertanyaan dengan penduduk di perumahan itu juga tidak kenal dengan nama itu.

“Berikutan kejadian ini, rondaan akan ditingkatk­an di kawasan itu bagi memastikan suasana sentiasa selamat dan tenteram,” katanya.

 ??  ?? OMAR (tengah) ketika sidang media itu
OMAR (tengah) ketika sidang media itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia