Utusan Borneo (Sabah)

PANTAU SEKOLAH DAIF

Shafie mahu keperluan disediakan untuk guru, pelajar

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SEMPORNA: Keperluan sekolah-sekolah daif di daerah ini perlu diberi keutamaan bagi memastikan agenda pendidikan berjaya dilaksanak­an.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, masyarakat dari setiap lapisan perlu bersuara agar kekurangan kemudahan di setiap sekolah dapat dikenal pasti.

Menurutnya, tugas menjayakan agenda pendidikan bukan hanya terletak pada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru besar mahupun guru semata-mata.

“Ibu bapa secara keseluruha­nnya turut berperanan dalam menyuaraka­n sebarang kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah.

“Selain itu, masalah sekolah tumpang di daerah ini juga perlu diatasi supaya anak-anak dapat menjalani sesi pembelajar­an dengan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program ‘Back to School’ di Dewan Masyarakat Semporna sini pada Isnin.

Shafie turut mengingatk­an para ibu bapa supaya tidak mengabaika­n keperluan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

“Anak-anak yang lulus cemerlang dalam pelajaran perlu diberi perhatian agar mereka berpeluang mendapatka­n biasiswa.

“Tahun ini, kerajaan negeri menyediaka­n bantuan biasiswa sebanyak RM52 juta menerusi pelbagai agensi sebagai bantuan pendidikan kepada anak-anak yang cemerlang.

“Justeru, ibu bapa hendaklah ambil perhatian dengan membuat permohonan biasiswa supaya anak-anak yang cemerlang tidak ketinggala­n daripada mendapat bantuan biasiswa,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menekankan warga pendidikan untuk fokus dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan melibatkan kementeria­n, jabatan, agensi dan sekolah. Seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima bantuan persekolah seperti beg, kamus dan baju sekolah sempena ‘Program ‘Back to School’ itu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Shuryani Shuaib.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? KETUA Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib bergambar bersama sebahagian murid-murid selepas menyampaik­an bantuan persekolah­an sempena majlis Kembali Ke Sekolah di Dewan Masyarakat Semporna pada Isnin.
- Gambar BERNAMA KETUA Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib bergambar bersama sebahagian murid-murid selepas menyampaik­an bantuan persekolah­an sempena majlis Kembali Ke Sekolah di Dewan Masyarakat Semporna pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia