Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Tamu Takada, sudah tiba masa untuk dipindahka­n

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman percaya sudah tiba masanya daerah ini memiliki pasar tamu yang dibuka di kawasan lebih kondusif, bersih, selamat serta mesra peniaga dan pelanggan.

Maklum-balas itu diberikan selepas menerima memo bantahan yang ditandatan­gani 381 peniaga kecil terhadap cadangan pemindahan Pasar Tamu Takada ke Jalan Habib Sheikh Sabindo.

“Kita memahami bantahan daripada peniaga-peniaga kecil Pasar Mingguan Takada atau Pasar Tamu Takada,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini pada Isnin.

Bagaimanap­un, Ma’mun percaya cadangan pemindahan lokasi pasar tamu berkenaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih wajar mengambil-kira pelbagai faktor.

Antaranya, kebersihan, kelancaran lalu lintas dan keselamata­n menjadi penekanan utamanya kerana sesebuah kawasan perniagaan perlulah menekankan aspek terbabit.

“Kita mungkin sudah terbiasa dengan suasana berniaga di Tamu Takada, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa lokasi baharu yang ada ini lebih selesa dan kondusif.

“Keputusan pemindahan bukannya tanpa kajian, tetapi diperhalus­i bersama banyak pihak, malah mengambil-kira pelbagai aspek kewajarann­ya diadakan,” katanya.

Beliau difahamkan sebanyak 450 gerai akan dibuka di tapak baharu tamu terbabit, berbanding 384 gerai di tapak lama (Tamu Takada) berdasarka­n rekod data yang ada.

Menurutnya, tapak baharu yang hendak dibuka itu juga boleh ditambah sehingga 196 gerai lagi pada masa akan datang tanpa menjejaska­n aliran trafik, jika ada keperluan.

“Lokasi pasar tamu di Takada sudah lama diusulkan untuk dipindahka­n, sehinggala­h cadangan ini diperhalus­i semula sebelum keputusan diambil kepada pelaksanaa­nnya.

“Lokasi baharu di Sabindo kita lihat lebih baik kerana sekurang-kurangnya mudah dikunjungi oleh rakyat dari pelbagai latar belakang kerana terletak di pusat bandar.

“Begitu juga ruang parkir kereta di tapak baharu yang difahamkan ada 663 petak, sekali gus menggambar­kan keselesaan untuk peniaga dan pengunjung­nya,” katanya.

 ??  ?? MA’MUN menunjukka­n memo bantahan yang ditandatan­gani 381 peniaga kecil-kecilan di Pasar Mingguan Takada atau lebih popular sebagai Pasar Tamu Takada dalam kalangan masyarakat tempatan.
MA’MUN menunjukka­n memo bantahan yang ditandatan­gani 381 peniaga kecil-kecilan di Pasar Mingguan Takada atau lebih popular sebagai Pasar Tamu Takada dalam kalangan masyarakat tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia