Utusan Borneo (Sabah)

Suspek tidak dikenali ahli keluarga

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ahli keluarga kanak-kanak berumur dua tahun yang dijadikan tahanan oleh seorang lelaki pada Ahad di pangsapuri Telipok Ria adalah seorang yang tidak dikenali dan tidak diketahui motif sebenar tindakanny­a.

Nenek kepada kanak-kanak itu, Sharmala Mohd Akhir berkata suspek tidak dikenali dan ia bukan bermotifka­n balas dendam.

“Kami tidak mengenali suspek dan hanya mengetahui cucu saya diculik selepas berlaku kekecohan di kawasan perumahan ini.

“Kami juga tidak pernah nampak lelaki itu di sini,” katanya.

Sementara itu, makcik kanak-kanak itu Nor Fatihah Nasir berkata kejadian terbabit berlaku apabila ibu kepada kanak-kanak itu berada di dalam rumah.

Katanya, ibu mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumka­n oleh jirannya bahawa anaknya telah diculik dan dikunci dalam sebuah rumah di pangsapuri itu.

Sementara, Arwan Hatta, 41, ketika bermain domino bersama rakan yang lain terlihat suspek menuju ke tingkat empat pangsapuri terbabit dan kemudianny­a suspek menangkap kanakkanak itu sebagai tahanan.

“Selepas selesai sembahyang zohor, saya dan rakan lain bermain domino di tingkat empat ini. Tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki mendekati naik ke tingkat ini, lalu kami berhenti bermain.

“Saya bimbang kerana terdapat pisau di tangan suspek. Namun saya bersedia untuk mempertaha­nkan diri sekiranya diserang,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, suspek kemudian masuk ke dalam unit pangsapuri itu sebelum dia sendiri menyampaik­an amaran kepada pemilikrum­ahbahawate­rdapat lelaki tidak dikenali memasuki rumah berkenaan.

Katanya, suspek kemudian mengarahka­n pemilik rumah menutup pintu kerana ingin berehat.

“Suspek kemudian keluar dan pada ketika itulah lelaki terbabit menangkap kanakkanak berkenaan yang bermain di luar dan membawanya masuk ke dalam rumah itu.

“Ketika itu, saya memberitah­u jiran-jiran bahawa seorang kanakkanak telah diculik, kami kemudian menendang pintu sehingga roboh dalam usaha menyelamat­kan kanak-kanak itu.

“Ketika itu, suspek berada dalam tandas sambil menyiram air ke arah kanak-kanak itu. Pada masa yang sama, suspek juga mengugut agar kami tidak mendekati kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Arwanberka­ta,kanak-kanak itu sangat tenang sepanjang kejadian itu, emak kepada mangsa kemudian menelefon polis untuk mendapatka­n bantuan.

Jemati Maidun, 47, yang tinggal berdekatan memberitah­u dia dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatka­n pemeriksaa­n berkala tetapi bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui kejadian berkenaan.

Dia bimbang dengan nasib kanak-kanak berkenaan apabila mengetahui terdapat kecederaan pada leher mangsa.

Kejadian yang berlaku pada Ahad itu berakhir apabila suspek ditembak mati oleh salah seorang polis di sebuah taman perumahan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia