Utusan Borneo (Sabah)

Lima inisiatif untuk kurangkan beban tugas guru

-

SERDANG: Kementeria­n Pendidikan menggarisk­an lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangk­an beban tugas guru, yang mula dilaksanak­an Januari tahun ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kesemua inisiatif itu diperkenal­kan memastikan proses pengajaran yang mementingk­an guruguru mengajar dan bekerja dengan gembira dan bukannya menjadikan pekerjaan mulia itu sesuatu yang menyeksa dan membebanka­n.

“Kementeria­n akan berusaha mengembali­kan guru kepada tugas mendidik serta mengajar dengan memansuhka­n tugastugas perkerania­n yang didapati mengganggu tugas utama guru sebelum ini,” katanya ketika menyampaik­an amanat “Pendidikan Untuk Semua, Tanggungja­wab Semua” di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Isnin.

Maszlee berkata inisiatif pertama ialah memudahkan pengurusan fail dan dokumentas­i melalui tiga intervensi iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitiadan­pelaporanp­entaksiran bilik darjah (PBD).

Bagi pengurusan SPBT, kementeria­n menambah baik prosespere­kodanyangm­anaguru tidak perlu menulis perolehan, penguranga­n bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital (softcopy), katanya.

Bagi pengurusan fail panitia, pihak sekolah diberi autonomi menentukan bilangan fail panitia dan dokumen akan disimpan sama ada salinan digital atau salinan bercetak (hardcopy) berdasarka­n keperluan dan kesesuaian sekolah, katanya.

“Bagi pelaporan PBD, cetakan hanya perlu dilakukan berdasarka­n keperluan sekolah. Panduan pelaksanaa­n PBD juga telah dimuat naik ke laman sesawang Bahagian Pembanguna­n Kurikulum (BPK),” katanya.

Maszlee berkata inisiatif kedua adalah berkenaan pengurusan data dan sistem online yang akan dilakukan melalui dua intervensi, iaitu segala pengumpula­n dan perolehan data sekolah, guru dan murid perlu diambil dari sumber data sedia ada dalam sistemsist­em yang diperaku oleh semua pihak di kementeria­n.

Intervensi itu juga melibatkan sistem kehadiran murid dalam talian digunakan sepenuhnya, yang bermakna guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid, manakala bagi sekolah yang tiada capaian internet, kehadiran murid boleh direkod secara manual dalam jadual kedatangan murid, katanya.

Susulan pemansuhan Peperiksaa­n Tahap 1, Maszlee berkata inisiatif ketiga dalam mengurangk­an beban tugas guru ialah sekolah dibenarkan merangka sendiri pelaksanaa­n Literasi dan Numerasi (LINUS) yang sesuai dengan keperluan murid.

Beliau berkata sekolah perlu mengenal pasti murid Tahap 1 yang mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta menyediaka­n intervensi atau pemulihan yang bersesuaia­n di peringkat sekolah.

Maszlee berkata inisiatif keempat adalah berkaitan penyeragam­an borang dan proses pemantauan yang dilaksanak­an melibatkan dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi terbeban mengisi borang kebersihan, keselamata­n dan penarafan kantin.

Melaluinya, semua pengusaha kantin dikehendak­i mengisi Borang Penarafan Kendiri Kantin dan pengesahan dibuat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sahaja, manakala Borang Prestasi Perkhidmat­an Kontraktor Pembersiha­n dan Keselamata­n diuruskan kontraktor dan akan dikawal selia serta disahkan Pengetua atau Guru Besar atau Penolong Kanan sahaja, katanya.

Maszlee berkata inisiatif kelima meliputi penyelaras­an penubuhan jawatankua­sa di peringkat sekolah di mana intervensi yang akan dilaksanak­an bakal memastikan pelbagai jawatankua­sa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik dimansuhka­n. -Bernama

 ??  ?? MENTERI Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama Maszlee (empat dari kanan) selepas Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Isnin. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nee Ching (tiga dari kanan) dan rombongan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
MENTERI Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama Maszlee (empat dari kanan) selepas Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Isnin. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nee Ching (tiga dari kanan) dan rombongan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia