Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing dipenjara kerana lupus harta curi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing dipenjara selama 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas kesalahan melupuskan harta curi.

Majistret Suhailla Selag menjatuhka­n hukuman itu ke atas Jhon Ilahan, 38, selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan berkenaan bersama dua lagi rakannya yang masih bebas.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis selepas premisnya di Jalan Lintas, Sibuga Industrial Centre telah dipecah masuk pada 1 September tahun lepas.

Ekoran itu, pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM4,000 selepas sembilanbu­ahtangkibe­rwarna biru dan hitam miliknya telah dicuri.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap sepasukan anggota polis di kawasan setinggan Kampung Melayu, Batu 8 di sini kira-kira jam 9.30 malam pada 6 September lepas, bersabit kes. Turut dirampas, tiga buah tangki air yang disimpan tertuduh di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan setinggan yang sama.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh mengaku telah melupuskan harta curi dengan menjual tiga buah tangki air berwarna biru kepada penduduk kampung.

Atas kesalahan itu, Jhon didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman. Dalam Mahkamah Majistret berasingan, seorang wanita warga asing dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara kerana menjalanka­n kegiatan penjualan tambah nilai judi atas talian secara haram.

Azira Pattah, 22, juga dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau dua bulan penjara kerana memiliki sebuah mesin judi.

Majistret Sofia S Sawayan menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan berkenaan kira-kira jam 2.40 petang pada 29 November tahun lepas di sebuah rumah tidak bernombor, tingkat bawah, Blok B, Bandar Nam Tung.

Tertuduh ditangkap sepasukan anggota polis CawanganD7,JabatanSia­satan jenayah IPD Sandakan kerana dipercayai menjalanka­n kegiatan perjudian atas talian. Turut dirampas, sebuah telefon bimbit, pen serta wang tunai sebanyak RM100.

Atas kesalahan itu, Azira didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntu­k hukuman denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 dan hendaklah juga dikenakan hukuman penjara tidak lebih tempoh tiga tahun. Selain itu, hendaklah dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Tan Hiap Wah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia