Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak salah cederakan anak kandung

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan sengaja mencederak­an anak kandungnya berumur 13 tahun.

Chong Vui Bing, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederak­an anak lelaki kandungnya pada 28 Julai 2018, jam 9 malam di rumah tidak bernombor Kampung Sugut Penampang.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, pengadu yang juga isteri tertuduh berusia 32 tahun hadir ketika prosiding dijalankan, dan menarik balik pertuduhan terhadap suaminya.

Menurutnya, kejadian berlaku disebabkan salah faham ketika dia dan tertuduh sedang bergaduh, lantas mangsa cuba meleraikan pergaduhan dengan memeluk pinggang tertuduh.

Tertuduh dalam keadaan marah kemudian didakwa mengangkat dan seterusnya menghentak mangsa ke lantai.

Setelah itu, pengadu melaporkan kejadian terbabit di Balai Polis Penampang pada keesokan hari iaitu 29 Julai tahun lepas.

Namun, pengadu akhirnya berubah fikiran menarik semula laporan kes, dengan alasan suaminya itu sudah berdamai dengannya dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan.

Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Lim Swee Beng bagaimanap­un meminta tarikh baharu bagi sebutan semula kes dan menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh diwakili peguam bela Shareen Tang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu supaya jaminan anak guamnya dikurangka­n.

Dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan memiliki tanggungan enam orang anak.

Mahkamah seterusnya menetapkan 25 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes, dan menawarkan jaminan kepada tertuduh sebanyak RM1,500 beserta dua penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarahkan oleh mahkamah melaporkan diri kepada pegawai penyiasat dua minggu sekali.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia