Utusan Borneo (Sabah)

Semporna bebas sampah 1 April

Ketua Menteri yakin sasaran dicapai hasil komitmen semua pihak

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SEMPORNA: Kerajaan yakin sasaran untuk menjadikan Semporna sebagai daerah bebas sampah menjelang 1 April ini mampu dicapai.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan adanya pembabitan masyarakat dari semua peringkat.

“Saya yakin kalau apa yang dilakukan setakat ini membabitka­n beberapa kawasan dan perubahan struktur, tindakan tegas dapat diambil dan disusun dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perjumpaan Anggota Perkhidmat­an Awam dan Pemegang-Pemegang Adat Bersama Ketua Menteri, di sini pada Isnin.

Terdahulu, Shafie turut membuat tinjauan secara rawak bagi memantau tahap kebersihan­dibeberapa­kawasan sekitar pekan Semporna.

Setakat ini jelasnya, masih banyak kerja yang perlu dilaksanak­an dalam meningkatk­an penyertaan rakyat untuk menjayakan Kempen Sabah Bebas Sampah, Semporna Bersih dan Indah.

Menurutnya, tempattemp­at yang menjadi sumber pengeluara­n sampah terutamany­a di kawasan kampung-kampung perlu dibersihka­n.

“Kerjasama di semua peringkat amat diperlukan bukan hanya golongan dewasa malah turut libatkan kanakkanak.

“Usahainipe­rludibuday­akan dan diteruskan bukan hanya dijalankan sekali sahaja supaya keadaan sentiasa bersih,” katanya.

Selain itu, Shafie menganggap hukuman memakai vest ‘Si Monyet’ yang dikenakan kepada pesalah membuang sampah boleh diteruskan jika tindakan berkenaan berkesan.

Katanya, perubahan itu lebih penting kerana masyarakat perlu malu kalau kawasan kampung kotor dan bukannya malu kerana memakai vest sedemikian.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong berkata, setakat ini seramai 48 individu sudah dikenakan hukuman atas kesalahan membuang sampah.

Menurutnya, jumlah berkenaan melibatkan 32 pesalah yang dikompaun termasuk dua pelancong asing dan 16 pesalah didenda untuk melakukan kerja amal membuang sampah.

Usaha ini perlu dibudayaka­n dan diteruskan bukan hanya dijalankan sekali sahaja supaya keadaan sentiasa bersih.

DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE (tengah) ketika membuat tinjauan tahap kebersihan sekitar kawasan pekan Semporna.
SHAFIE (tengah) ketika membuat tinjauan tahap kebersihan sekitar kawasan pekan Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia