Utusan Borneo (Sabah)

12 penagih dadah ditahan AADK Keningau

- Oleh YAP SIONG HAN

KENINGAU: Seramai 12 inidividu disyaki penagih dadah dari sekitar Tenom, Keningau dan juga Sook ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah ini.

Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @Azmi berkata, operasi pertama yang diadakan di sekitar dua perkampung­an berjaya menahan seramai empat suspek penagih dadah.

Katanya, operasi seterusnya dilakukan di sebuah kampung di Keningau dan menahan lima suspek yang turut disyaki penagih dadah.

“Operasi terakhir yang dijalankan pada sebelah malam pula telah berjaya menahan seramai tiga individu yang turut positif ujian saringan dadah jenis syabu, yang dilakukan di Pejabat AADK Keningau. Kesemua suspek yang ditahan adalah lelaki.

“Operasiyan­gdilaksana­kan oleh penguatkua­sa AADK Keningau ini adalah berdasarka­n maklumat awam dan juga risikan yang dijalankan selama seminggu di semua lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, sepanjang operasi itu, beberapa suspek cuba melarikan diri namun dapat diberkas oleh anggota penguatkua­sa AADK yang bertugas. Di samping itu, dua pasangan adik-beradik turut ditahan.

Menurutnya, kekerapan operasi yang dijalankan oleh pihaknya adalah bertujuan memastikan anggota masyarakat terus terdidik mengenai kesan buruk penyalahgu­naan dadah dan implikasi perundanga­n yang bakal dihadapi oleh setiap suspek yang terlibat dalam penahanan berkenaan.

“Pihak AADK sentiasa memandang serius terhadap maklumat dan sebarang aduan berkaitan aktiviti penyalahgu­naan dadah khususnya di kawasan pedalaman ini.

“Ia perlu dicegah di peringkat awal sebelum menjadi virus yang boleh merebak dan merosakkan institusi keluarga, komuniti dan masyarakat keseluruha­nnya,” katanya.

Katanya, semua suspek yang ditahan berumur lingkungan 21-51 tahun. Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan 1983 kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Sementara, seorang suspek pula akan didakwa mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama atas kesalahan mengguna semula dadah sewaktu masih menjalani pengawasan AADK Keningau dan akan berhadapan hukuman yang melibatkan penjara bagi tempoh tiga tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.

 ??  ?? ANTARA suspek yang ditahan oleh AADK dalam operasi berkenaan.
ANTARA suspek yang ditahan oleh AADK dalam operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia