Utusan Borneo (Sabah)

Kes kemalangan di Beluran menurun

Namun faktor kerosakan jalan raya merekodkan 26 kes kemalangan sepanjang 2018

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Sejumlah 257 kes kemalangan jalan raya berlaku di daerah ini sepanjang tahun lalu melibatkan 434 kenderaan.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velauthan berkata jumlah itu menurun 9.5 peratus berbanding 284 kes kemalangan dalam tempoh yang sama sepanjang tahun 2017.

Katanya, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu juga menurun sebanyak 63 peratus daripada 22 kematian pada 2017 kepada hanya sembilan kematian pada tahun lalu.

“Jumlah cedera parah juga menurun 30 peratus daripada 13 kepada sembilan kes, manakala cedera ringan meningkat sedikit kepada 13 kes pada tahun lalu, berbanding 11 cedera ringan pada tahun 2017,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, dari segi jenis kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang berlaku tahun lalu, sejumlah 174 atau 40.1 peratus adalah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD), diikuti kereta (158), lori (72), motosikal (12) van (8), bas ekspres (6), lain-lain (3), pejalan kaki (1), manakala bas henti-henti dan bas mini tiada direkodkan terlibat dalam kemalangan 2018.

Shivananth­an menjelaska­n, secara keseluruha­nnya terdapat empat punca atau faktor kemalangan jalan raya di daerah Beluran iaitu faktor kecuaian, keadaan jalan raya, masalah teknikal dan lainlain.

Bagaimanap­un katanya, daripada 257 kes kemalangan yang berlaku sepanjang tahun lalu, 187 kes akibat kecuaian khasnya pemandu kenderaan, manakala 26 kes berlaku akibat faktor keadaan jalan raya yang rosak, berlubang-lubang dan sebagainya.

Beliau berkata, 16 kes kemalangan jalan raya yang direkodkan tahun lalu berpunca daripada faktor teknikal (14 kes) dan masingmasi­ng satu kes disebabkan oleh masalah teknikal yang lain iaitu lampu kenderaan tidak menyala dan juga tayar pecah.

Lain-lain faktor yang menyumbang kepada statistik kemalangan jalan raya ialah 28 kes iaitu mengelak haiwan (12 kes) dan cuaca hujan (16 kes).

Sementara, statistik kemalangan mengikut jenis jalan bagi tempoh sepanjang tahunlalu(2018)menunjukka­n 72 peratus atau 185 daripada 257 kes berlaku di sepanjang jalan Kilometer 1 hingga Kilometer 126 Jalan BeluranTel­upid, Jalan Nangoh-Paitan (35), jalan ladang (18), Jalan Telupid-Tongod (15) dan Jalan Simpang Rampek-Kuala Sapi (4 kes).

Sehubungan itu, beliau menasihati semua pengguna jalan raya khasnya para pemandu atau pejalan kaki agar sentiasa mematuhi peraturan, berhati-hati dan berhemah ketika memandu, selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik demi mengelakka­n kemalangan.

Katanya, terdapat juga banyak kes kemalangan berlaku disebabkan pemandu cuba mengelak jalan yang berlubang-lubang atau jalan tidak rata yang akhirnya menyebabka­n kemalangan apabila kenderaan yang dipandu gagal dikawal dan bertembung­dengankend­eraan lain atau terbabas.

Isu kerosakan jalan raya yang berlubang-lubang dan boleh mengancam keselamata­n pengguna jalan raya, khasnya di sepanjang Jalan Beluran ke Telupid bukanlah perkara baharu.

Isu kerosakan jalan termasukla­h Jalan PaitanKani­bungan telah berlarutan sejak sekian lama dan sehingga kini masih belum ada jalan penyelesai­an terbaik serta sering menjadi keluhan rakyat.

Akhbar Utusan Borneo juga pernah mendedahka­n isu kerosakan jalan raya BeluranTel­upid dalam dua rencana bersiri pada 2 dan 3 Jun 2017.

Namun, isu kerosakan jalan itu telahpun mendapat perhatian kerajaan pada Disember tahun lalu, selepas netizen menyuaraka­n dan mendesak pihak melalui pelbagai media termasuk akhbar, Facebook (FB) dan sebagainya agar memperbaik­i kerosakan jalan raya itu demi keselamata­n dan keselesaan pengguna.

 ??  ?? KEMALANGAN maut di KM 17 Jalan Telupid-Sandakan pada 28 April 2018 menyebabka­n dua wanita maut dan empat cedera, antara kemalangan ngeri yang direkodkan oleh IPD Beluran pada 2018.
KEMALANGAN maut di KM 17 Jalan Telupid-Sandakan pada 28 April 2018 menyebabka­n dua wanita maut dan empat cedera, antara kemalangan ngeri yang direkodkan oleh IPD Beluran pada 2018.
 ??  ?? KES kemalangan maut yang berlaku di KM 17 Jalan Telupid-Beluran pada 26 Januari 2018 mengorbank­an seorang guru wanita berasal dari Tamparuli yang bertugas di SMK Bum-Bum Semporna.
KES kemalangan maut yang berlaku di KM 17 Jalan Telupid-Beluran pada 26 Januari 2018 mengorbank­an seorang guru wanita berasal dari Tamparuli yang bertugas di SMK Bum-Bum Semporna.
 ??  ?? KEMALANGAN pada Disember tahun lalu di Jalan Beluran-Telupid, dikatakan berpunca daripada masalah kerosakan jalan raya yang berlubang-lubang.
KEMALANGAN pada Disember tahun lalu di Jalan Beluran-Telupid, dikatakan berpunca daripada masalah kerosakan jalan raya yang berlubang-lubang.
 ??  ?? SHIVANANTH­AN
SHIVANANTH­AN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia