Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Penjara sedia persiapan

Dua pertiga banduan sabitan jalani pemulihan dalam komuniti

-

LABUAN: Seramai dua pertiga banduan sabitan menjalani pemulihan didalamkom­unitimenje­langtahun2­030 selaras dengan agenda Kementeria­n Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dato Sri Zulkifli Omar berkata, jabatan itu perlu bersiap sedia dengan pelaksanaa­n ‘probation and community correction­s’.

“Konsep pemulihan di dalam komuniti ini antara lain melibatkan penangguha­n hukuman (deferred sentences), parol harian (parol day),

tahanan rumah (home detention),

perintah pemasyarak­atan (community order) dan perintah pengawasan (prison supervisio­n).

“Langkah memperkena­lkan pelaksanaa­n ‘probation and community correction­s’ ini bukan sahaja dapat mengurangk­ankospengu­rusanpengh­uni dan kesesakan di dalam penjara, malah

“Langkah memperkena­lkan pelaksanaa­n ‘probation and community correction­s’ ini bukan sahaja dapat mengurangk­an kos pengurusan penghuni dan kesesakan di dalam penjara, malah apa yang lebih penting adalah peranan penglibata­n masyarakat yang terbukti adalah faktor penting dalam menjayakan pemulihan penghuni, ” DATO SRI ZULKIFLI OMAR Ketua Pengarah Penjara Malaysia

apa yang lebih penting adalah peranan penglibata­n masyarakat yang terbukti adalah faktor penting dalam menjayakan pemulihan penghuni,” katanya.

Beliaumeng­ingatkanba­hawaasaspe­mulihan bermula dengan pengukuhan sahsiah diri penghuni menerusi Program Pembanguna­n Insan (PPI).

“Pemulihan merangkumi aspek kaunseling, agama, disiplin diri, kemahiran vokasional, pendidikan dan laluan kerjaya hendaklah terus diperkukuh­kan memandangk­an ia adalah aspek penting yang membolehka­n program pemulihan sama ada di dalam atau di luar tembok penjara lebih berjaya pelaksanaa­nnya.

“Pada tahun lalu, sebanyak 24 perjawatan baharu termasuk satu jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarak­atan) dan dua Bahagian baharu iaitu Bahagian Agama dan Kaunseling serta Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi diluluskan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Penstruktu­ran semula Jabatan Penjara ini dapat memperkuku­hkan sistem kepenjaraa­n selaras dengan peranannya yang bukan lagi semata-mata sebagai institusi penahanan tetapi juga sebagai institusi pembanguna­n dan pembentuka­n semula insan,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2019 akan memberi cabaran baharu kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia.

“Saya menyeru di sini agar kita semua hendaklah terus mengamalka­n budaya kerja berprestas­i tinggi, mengamal serta membudayak­an amalan kerja cemerlang dan berintegri­ti.

“Kita perlu mempersiap­kan diri untuk menghadapi cabaran reformasi Jabatan Penjara yang akan melibatkan penambahba­ikan dalam aspek penahanan, pematuhan standard layanan, pemulihan, latihan kakitangan, fasiliti koreksiona­l dan reintegras­i.

“Apa yang tersirat di sebalik agenda reformasi Jabatan Penjara ini adalah usaha gigih dan bersungguh-sungguh amatlah diperlukan dari segenap lapisan warga Jabatan ini agar penambahba­ikan dapat dilaksanak­an sebaik mungkin,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan, Timbalan Komisioner Penjara Suria Idris pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Jabatan Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan di Pusat Koreksiona­l Labuan, pagi Isnin.

Padamajlis­itu,Suriaturut­menyempurn­akan pemakaian pingat bagi tiga pegawai Pusat Koreksiona­l Labuan yang telah disahkan dalam perkhidmat­an.

Hadir sama, Pengarah Pusat Koreksiona­l Labuan Abd Rauf Lang Pasih, ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sabah dan ketuaketua Bahagian Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan.

 ??  ?? SURIA (tengah) bergambar kenangan bersama para pegawai kanan Penjara Negeri Sabah dan Labuan.
SURIA (tengah) bergambar kenangan bersama para pegawai kanan Penjara Negeri Sabah dan Labuan.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N perbarisan oleh Suria (kiri).
PEMERIKSAA­N perbarisan oleh Suria (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia