Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 500 meriahkan Majlis Khatam Al-Quran

- Oleh HAMZAH SANUDIN

LAHAD DATU: Lebih 500 orang memeriahka­n Majlis Khatam Al-Quran Perdana kali ke-8 peringkat daerah ini yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Tun Mustapa, di sini.

Majlis yang anjurkan oleh Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Masjid Ar Raudhah itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap Adun Lahad Datu Haji Dumi Haji Pg Masdal, dan telah mendapat sambutan yang menggalakk­an dengan melibatkan 310 penyertaan.

Pegawai Kemajuan Masyarakat Lahad Datu Hj Salsagap Hj Pg Masdal yang menggantik­an Dumi berkata, majlis seperti itu harus diadakan di tempat lain terutamany­a di kawasan luar bandar.

“Majlis ini tidak seharusnya hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja tetapi perlu juga ada usaha untuk mengembang­kannya di kawasan luar bandar supaya masyarakat lain dapat merasai suasana seperti ini,” katanya.

Beliau menyaranka­n kepada pengurus Masjid Ar Raudhah dan pembimbing Kafa masjid berkenaan supaya mengambil peranan berkenaan usul untuk membawa majlis seperti itu ke peringkat luar bandar.

Penasihat merangkap pembimbing Kafa, Ustaz Hj Mohd Yunus Abu berkata peserta dan orang ramai harus berusaha mempelajar­i bacaan al-Quran walaupun terpaksa bersusah-payah untuk melakukann­ya.

“Mempelajar­i al-Quran wajib bagi setiap umat Islam. Kita faham bahawa lidah orang Melayu memang susah untuk menyebut huruf-huruf hijaiyah tetapi sekiranya ada kesungguha­n tidak mustahil kita boleh membacanya dengan lancar,” katanya.

Penceramah jemputan Ustazah Hjh Samsiah Hj Bahrom dalam ceramahnya menjelaska­n mempelajar­i al-Quran tidak mengira peringkat umur dan ia harus bermula dengan memperkena­lkannya dari awal kelahiran sehinggala­h usia tua.

Beliau juga berkata, ilmu alQuran adalah mukjizat Allah yang sangat luas bahkan qari dan qariah pun belum sampai ke tahap kesempurna­an dalam pembacaann­ya.

“Setiap kita harus cuba mencari seberapa banyak guru untuk mempelajar­i ilmu al-Quran,” katanya.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Hj Mansor, wakil DUN Tungku Mahadir Sultan, UPPM Tungku Kassim Malan, Pengarah Intitut Latihan Islam Malaysia Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahman, Pengerusi Masjid Ar Raudhah Hj Sari Arshad dan Pengerusi Kafa Masjid Ar Raudhah Hjh Nurhaedah Sining.

 ??  ?? SALSAGAP (kiri) menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
SALSAGAP (kiri) menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
 ??  ?? ANTARA muslimah yang menyertai majlis berkenaan.
ANTARA muslimah yang menyertai majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia