Utusan Borneo (Sabah)

Reman pegawai kanan PAIP dilanjut sehingga Khamis

-

KUANTAN:Tempoh reman tujuh individu termasuk empat pegawai kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan projek bernilai RM23 juta, disambung sehingga Khamis ini.

Majistret Syarifah Nor Syuhada Tuan Mamat mengeluark­an perintah reman itu pada Isnin, selepas mendengar permohonan yang dikemukaka­n Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammed Fiqrun Md Talip.

Semua mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun ditahan pada Khamis lalu dalam ‘Op Cuci’, dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan pada 9.15 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM dan bergari.

Tiga lagi suspek ialah kontraktor yang dipercayai memonopoli projek yang ditawarkan perbadanan itu menerusi rundingan secara terus tanpa melalui proses sebut harga.

Pada prosiding berasingan, Syarifah Nor Syuhada mengeluark­an perintah reman selama empat hari bermula hari ini, terhadap lima suspek termasuk seorang wanita yang ditahan SPRM semalam, bagi membantu siasatan kes sama.

Lima individu tersebut yang merupakan tiga pegawai PAIP dan dua kontraktor berusia 35 tahun hingga 51 tahun, ditahan di pejabat SPRM Pahang di sini bermula 3.50 petang hingga 10.40 malam, selepas hadir memberi keterangan.

Kesemua mereka disyaki bersekongk­ol dengan beberapa suspek yang ditahan pada Khamis lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di negeri ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia