Utusan Borneo (Sabah)

Percayakan ‘‘Inspektor Fazura’’, suri rumah rugi RM3,000

-

MIRI:Kerana percaya kepada seorang wanita yang disyaki menyamar sebagai “Inspektor Fazura”, seorang suri rumah di sini kerugian RM3,000 kerana diperdaya wanita itu, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pada hari kejadian mangsa yang berusia 28 tahun pada mulanya telah menerima panggilan telefon daripada kononnya Sarjan Yusrizal dari Bahagian Siasatan Jenayah Muar, Johor menggunaka­n talian nombor 069564800.

“Lelaki tersebut mendakwa mangsa telah terlibat dengan kesalahan langgar lari menggunaka­n sebuah kenderaan dengan pemilik kenderaan itu memberitah­u mangsa yang menyewa kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mustafa berkata, selepas mendapat panggilan “Sarjan Yusrizal”, mangsa telah dihubungi oleh seorang wanita memperkena­lkan diri sebagai “Inspektor Fazura” menggunaka­n nombor 0109053224 yang mengatakan mangsa terlibat di dalam kes pengubahan wang haram menggunaka­n akaun sebuah bank sebanyak RM2.28 juta.

“Wanita itu telah meminta mangsa untuk memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke satu akaun bagi tujuan ikat jamin,” katanya sambil menambah mangsa terus membuat pemindahan wang menerusi ATM ke nombor akaun yang diberikan.

“Selepas transaksi pemindahan wang berkenaan mangsa menghubung­i nombor telefon bimbit yang sama (0109053224) tetapi tidak dijawap, mangsa lalu membuat laporan polis pada Ahad,” katanya.

Beliau menasihati orang awam supaya jangan mudah panik serta terpedaya apabila menerima panggilan telefon mencurigak­an menggunaka­n taktik penipuan Macau Scam.

Menurutnya polis tidak pernah meminta membayar wang jaminan untuk menyelesai­kan kes dengan meminta wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi manamana individu.

“Jika orang ramai meragui sesuatu panggilan telefon tersebut, sila rujuk dengan Balai Polis berdekatan untuk mendapatka­n maklumat nombor telefon yang sahih Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis,” katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (ccid. rmp.gov.my), Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my) dan facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatka­n maklumat berhubung penipuan kewangan (financial fraud).- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia