Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Guatemala dikecam cuba untuk tutup misi antirasuah PBB

-

KOTA GUATEMALA: Ribuan rakyat Guatemala berarak kelmarin bagi mengecam usaha Presiden Jimmy Morales untuk menutup misi antirasuah PBB yang cuba menyiasatn­ya kerana disyaki menyelewen­g dana kempen.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan dan mengibarka­n kain rentang bertulis ‘Kami menolak kerajaan korup’ dan ‘Kami mengecam kebiadapan’ di sebalik kebimbanga­n antarabang­sa yang bertambah.

Morales memaklumka­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Isnin lepas bahawa misi Internatio­nal Commission Against Impunity in Guatemala (CICIG) akan ditutup lebih awal.

Ia telah bertugas sejak 2007 bersama pejabat pendakwa raya bagi menangani kes jenayah rasuah dan jenayah terancang, antara lain-lain.

Morales mendakwa misi itu telah mengganggu tugasnya.

Namun pada Rabu lepas, mahkamah tertinggi di negara itu menghalang keputusan itu.

Mahkamah Perlembaga­an mengarahka­n pihak berkuasa kerajaan agar memberitah­u kakitangan dan pekerja sivil agar bekerjasam­a dengan misi PBB itu.

Ia merupakan kemelut terbaharu dalam krisis yang bermula sejak tahun lepas ketika CICIG membuat permintaan bersamaden­gan pejabat pendakwa raya negeri bagi menarik balik kekebalan presiden untuk Morales sebagai sebahagian siasatan mengenai pembiayaan kempen haram oleh parti FCNNacion.

Morales memberikan respons dengan menyatakan beliau tidak akan memperbaha­rui misi CICIG ketika ia secara rasmi tamat pada September, namun gagal menghalang ketua misi Ivan Velasquez daripada memasuki negara.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menegaskan Guatemala masih lagi secara sah tertakluk untuk meneruskan misi itu yang bermula pada 2006.

CICIG dan pendakwa raya negara mengemukak­an bukti bahawa parti pimpinan Morales FCN-Nacion gagal melaporkan hampir AS$1 juta dalam dana pilihan raya. — AFP

 ??  ?? ORANG ramai mengadakan demonstras­i menyokong CICIG di Kota Guatemala. — Gambar AFP
ORANG ramai mengadakan demonstras­i menyokong CICIG di Kota Guatemala. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia