Utusan Borneo (Sabah)

Fahami sejarah negara: PM

Supaya tidak ulang kesilapan lalu

-

PUTRAJAYA:Fahami sejarah supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara terus terpelihar­a, yang membolehka­n kemajuan dikecapi dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk ‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama, negara akan lebih maju.

“Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dijalani negara kita, maka negara kita akan terus aman. Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan diagih antara semua kaum,” katanya semasa perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, yang pertama pada tahun ini.

Dr Mahathir turut mengingatk­an bahawa rusuhan atas faktor perkauman seperti yang berlaku pada tahun 1969 tidak akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapapun.

Bagaimanap­un katanya, walaupun kini tiada rusuhan, namun masih terdapat perpisahan antara kaum dan ini tidak selamat untuk negara.

Memetik kata-kata ahli falsafah terkenal George Santayana “sesiapa yang melupakan sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkalikal­i”, Dr Mahathir berkata itulah sebabnya semua pihak termasuk pegawai kerajaan dan ahli politik perlu tahu segala sejarah negara.

Menurutnya, Malaysia bertuah kerana pemimpin semua kaum bersetuju untuk bersama-sama membangunk­an negara selepas mencapai kemerdekaa­n berbanding negara lain yang tidak mahu menerima kehadiran kaum dari negara lain.

Menurutnya, di sesetengah negara mereka yang menganggap diri mereka sebagai orang asal negara itu, tidak senang hati dengan kaum lain yang dikatakan kaum pendatang dan apabila kemerdekaa­n dicapai, kaum yang bukan terdiri daripada anak watan dihalau keluar.

Di sesetengah negara yang tidak mempunyai masalah perkauman pula, perpisahan antara golongan miskin dan kaya yang begitu ketara juga telah mencetuska­n perbalahan sehingga berlaku rusuhan, katanya.

“Kita tak mahu negara ternampak terlalu kaya tetapi kekayaan negara tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum,” katanya.

Perdana Menteri berkata itulah sebabnya kerajaan menumpukan usaha untuk membasmi kemiskinan terutamany­a dalam kalangan bumiputera yang ramai hidup dalam kemiskinan di luar bandar berbanding mereka yang tinggal di bandar dengan kemudahan serba mencukupi.

“Menjadi tugas kita untuk menentukan negara dapat mengagihka­n kekayaan secara sama rata, atau pada satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat,” katanya.

Dr Mahathir berkata Malaysia bertuah kerana mencapai kemerdekaa­n tanpa melalui peperangan atau rusuhan dan pentadbira­n negara diambil alih oleh pemimpin yang mempunyai pengalaman bekerja dengan penjajah British.

Beliau berkata di kebanyakan negara yang diambil oleh pemimpin yang menang atas dasar peperangan, kemajuan tidak dicapai dengan baik kerana mereka tidak memiliki ilmu dalam pentadbira­n negara.

“Oleh kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbira­n, biasanya kita lihat negara mereka tak ditadbir dengan baik, maka kerap kali terjadi pemerintah­an kuku besi,” katanya. - Bernama

“Selagi kita ingat sejarah kita dan likuliku yang dijalani negara kita, maka negara kita akan terus aman. Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan ” diagih antara semua kaum. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

 ?? - Gambar BERNAMA ?? DR MAHATHIR (tengah) berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putra Perdana pada Isnin. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
- Gambar BERNAMA DR MAHATHIR (tengah) berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putra Perdana pada Isnin. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia