Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dalam kedudukan paling rendah lakukan saringan serviks: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR:Malaysia hanya mampu mencapai kadar 12.9 peratus sahaja dalam saringan serviks, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, kadar itu berada terlalu jauh di bawah sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 70 peratus, menjadikan ia cabaran untuk memujuk wanita tampil melakukan saringan berkenaan.

“Risiko hayat seorang wanita Malaysia untuk mendapat kanser pangkal rahim ialah 1 nisbah 116. Hanya 24 peratus wanita Malaysia dikesan menghidap tahap awal (Tahap 1) manakala 76 peratus disahkan setelah berada pada tahap seterusnya (Tahap 2, 3 & 4).

“Kawalan awal adalah jawapan bagi menghentik­an penyakit itu dari terus merebak,” katanya pada pelancaran Program Hentikan Halangan Untuk Melakukan Skrin Serviks (R.O.S.E) di sini pada Isnin.

Menurut Dr Wan Azizah, kanser pangkal rahim adalah kanser ketiga paling banyak dialami dalam kalangan wanita (7.7 peratus) di Malaysia selepas kanser payudara (32.1 peratus) dan kanser kolorektum.

Beliau berkata, langkah untuk melakukan skrin kanser pangkal rahim menerusi ujian DNA HPV (Human Papilloma Virus) yang dikendalik­an oleh Lembaga Pembanguna­n Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) dijangka memberi manfaat kepada 14,000 wanita dari isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) tahun ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata ujian DNA HPV disarankan kepada wanita berumur lebih 30 tahun kerana ia boleh mengesan kehadiran risiko tinggi DNA HPV.

“Ujian itu melibatkan penggunaan berus kecil atau spatula untuk mengambil contoh sel dari permukaan serviks. Ujian itu tidak sakit kerana sel itu diambil hanya dari permukaan,” tambah beliau.

Beliau berkata, wanita yang didapati di bawah kriteria ini boleh mendaftar untuk program berkenaan menerusi 49 klinik LPPKN di seluruh negeri.

Mengenai program R.O.S.E, Timbalan Perdana Menteri itu berkata ia adalah selamat, privasi dan dilakukan secara bermaruah menerusi pensampela­n-sendiri, yang menggalakk­an lebih ramai wanita untuk secara sukarela menyertai program skrin dalam tempoh yang sepatutnya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? WAN Azizah mendengar penerangan berkenaan aplikasi pemeriksaa­n kanser servik sempena Program Pelancaran Revolusi ‘Removing Obstacles to Cervical Screening (ROSE)’ Ke Arah Menuju Penghapusa­n Kanser Servik pada Isnin.
- Gambar BERNAMA WAN Azizah mendengar penerangan berkenaan aplikasi pemeriksaa­n kanser servik sempena Program Pelancaran Revolusi ‘Removing Obstacles to Cervical Screening (ROSE)’ Ke Arah Menuju Penghapusa­n Kanser Servik pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia