Utusan Borneo (Sabah)

GPS perlu perkenal logo baru dari sekarang

-

SIBU: Anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai tugas yang perlu dilaksanak­an dari sekarang iaitu memperkena­lkan logo parti itu di seluruh negeri ini.

Naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr. Annuar Rapa’ee berkata, ini kerana logo berbentuk huruf ‘S’ dengan abstrak burung Kenyalang itu akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 akan datang dan bukannya lambang dacing Barisan Nasional (BN) sebagaiman­a sebelum ini.

Empat parti politik Sarawak iaitu PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) membentuk GPS selepas keluar dari BN ekoran kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Mei tahun lepas.

“Sampaikanl­ah kepada setiap penduduk Sarawak dan beritahu mereka bahawa lambang ini akan digunakan GPS pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Ini adalah lambang anak Sarawak,” katanya pada satu majlis bagi meraikan ketibaan rombongan “GPS Flag Rally 2019” di Dewan MUC di sini malam Ahad.

Annuar, yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, menjelaska­n bahawa keempat-empat parti itu keluar dari BN bagi menentukan sendiri nasib dan masa hadapan anak Sarawak.

Parti-parti di bawah GPS, katanya, diterajui pemimpin dari kalangan anak Sarawak yang dilihat sebagai gabungan mantap yang akan berjuang untuk mempertaha­nkan hakhak Sarawak.

Namun, ini tidak bermakna Sarawak mahu bergaduh atau tidak mahu bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n di bawah pimpinan Parti Harapan, katanya.

Ketua Pemuda PRS, Datuk Snowdan Lawan yang turut hadir pada majlis itu berkata rombongan 70 anggota pemuda parti-parti GPS telah menjelajah seluruh negeri untuk memperkena­lkan logo baru parti. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia