Utusan Borneo (Sabah)

KPTI buka cawangan di Tawau

Untuk melahirkan pendakwah berilmu

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah (KPTI) telah membuka cawanganny­a di daerah ini untuk kursus Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab ambilan Januari 2019, pada Ahad.

Seramai 30 pelajar dari daerah ini dan sekitarnya telah menerima surat tawaran untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh pihak KPTI.

Pengurus KPTI Cawangan Tawau Dr Mohd Nazmi Desa berkata, sesi pengajian itu dijalankan secara separuh masa dan pelajar hanya hadir kuliah pada setiap hujung minggu sahaja.

“Untukperin­gkatcawang­an Tawau, kumpulan sasaran adalah pelajar yang sudah bekerja dan ingin mendalami ilmu agama dengan lebih sistematik dan profesiona­l dengan modul yang telah disusun oleh pihak KPTI,” jelasnya.

Beliau yang juga tenaga pengajarKP­TITawauber­kata pelajar yang sudah mendaftar pada hari berkenaan diharap akan terus konsisten untuk belajar dan jangan ada berputus asa di pertengaha­n jalan sepanjang kursus itu berlangsun­g.

Menurutnya, belajar memang banyak cabarannya sama ada dari segi kewangan mahu pun masa.

“Tetapi sekiranya niat kita betul, Allah akan memudahkan laluan untuk belajar dan saya berkeyakin­an semua pelajar ini akan dapat berkonvo untuk kursus ini,” katanya.

Pengarah KPTI Dr Mohd Hisham Surgi berkata, selaku pengasas kolej sememangny­a tidak menyangka KPTI akan sampai ke daerah ini kerana sebelum ini tidak ada perancanga­n untuk membawa KPTI ke Tawau.

“Setinggi penghargaa­n kepada pengurus KPTI Tawau dan penuntut

Untuk peringkat cawangan Tawau, kumpulan sasaran adalah pelajar yang sudah bekerja dan ingin mendalami ilmu agama dengan lebih sistematik dan profesiona­l dengan modul yang telah disusun oleh pihak KPTI. DR MOHD NAZMI DESA Pengurus KPTI Cawangan Tawau

sulungnya kerana berjaya menterjema­hkan KPTI di daerah ini dan daripada pihak KPTI Induk, kita menyambut baik dengan keikhlasan untuk membawa KPTI sehingga ke sini,” katanya.

Menurutnya, KPTI ditubuhkan untuk melahirkan para pendakwah yang berilmu dan mampu membawa cabaran menyebarka­n dakwah serta dapat mengubah landskap hidup masyarakat di sekitarnya daripada tidak baik kepada yang lebih baik.

“Jika kita lihat di Sabah ini, perlunya ada lebih ramai lagi pendakwah yang berilmu memandangk­an masih ramai lagi masyarakat pedalaman yang belum menerima ilmu agama sempurna,” katanya.

Katanya, pembelajar­an di KPTI dibuat secara intensif di mana program itu tidak lama kerana untuk mendapatka­n diploma hanya perlukan masa setahun sahaja, iaitu tiga semester.

“Pelajar juga boleh menyambung ke peringkat lebih tinggi di KPTI untuk program ini dan sekiranya mampu, pelajar boleh melanjutka­n pelajaran di universiti awam dan swasta di dalam serta luar negara,” tambahnya.

Hisham berkata, pengalaman selama 21 tahun penubuhan KPTI telah melahirkan­ribuanpend­akwah di peringkat daerah dan ada dalam kalangan pelajar yang telah melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana.

Dengan adanya diploma itu juga, katanya, pelajar boleh mendapatka­n pentauliah­an daripada pihak kerajaan untuk membolehka­n mereka menyampaik­an ilmu kepada masyarakat.

Turut hadir pada majlis itu, Penasihat KPTI Datuk Ismail dan Pengarah Khazanah Training & Konsultanc­y Tawau Dullah Yutte.

 ??  ?? HISHAM menyampaik­an surat tawaran kepada wakil pelajar.
HISHAM menyampaik­an surat tawaran kepada wakil pelajar.
 ??  ?? NAZMI (Kiri) mengiringi Hisham menerima cenderahat­i daripada pelajar.
NAZMI (Kiri) mengiringi Hisham menerima cenderahat­i daripada pelajar.
 ??  ?? ANTARA pelajar yang telah menerima surat tawaran.
ANTARA pelajar yang telah menerima surat tawaran.
 ??  ?? HISHAM menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
HISHAM menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia