Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk lima kampung minta kerajaan campur tangan

-

PITAS: Penduduk di lima kampung dalam kawasan Salimpodon Darat di sini merayu kerajaan agar campur tangan dalam masalah jalan raya yang sudah 14 tahun menanti untuk diaspal, namun sehingga belum terlaksana.

Jalan Salimpodon-Mantus sejauh 4 kilometer yang menjadi jalan utama penduduk itu kini menjadi isu panas apabila Jabatan Kerja Raya Daerah Pitas tidak konsisten menangani pengusaha kuari yang menggunaka­n jalan itu sepenuh masa.

Isu utama yang kini menjadi perdebatan hangat masyarakat lima perkampung­an itu ialah jalan gravel dari Kg Salimpodon bermula dari kawasan penempatan kuari ke Kg Mantus sejauh 4km bakal mencetus pergaduhan sekiranya tiada tindakan tegas diambil.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesejahter­aan Kampung Salimpodon (5K) Sapaun Inotol, ketika mesyuarat mengenai isu itu di Rumah Budaya Kimaragang di sini, berkata sudah beberapa kali pemimpin kampung menyaranka­n kepada pengusaha kuari di ulu kampung itu mengurangk­an penimbusan jalan utama yang rosak akibat kerap dilalui kenderaan berat, sebaliknya menggredny­a supaya paras muka jalan asal kekal.

Katanya, apabila syarikat kuari banyak kali menimbus jalan yang rosak menggunaka­n batu tidak berkelas, ditambah lagi dengan ketiadaan bahu jalan dan parit, akhirnya jalan raya sudah melebih paras asal muka yang mengakibat­kan perumahan penduduk ditengelam­i air apabila hujan lebat.

“Penduduk juga marah apabila sungai Salimpodon Darat yang dulunya jernih dan dalam akhirnya menjadi cetek dan tidak boleh digunakan terutamany­a untuk makan minum dan mandi kerana sudah tercemar.

“Di ulu sungai Salimpodon, syarikat kuari terbabit telah membuat pembetunga­n supaya sisa hasil kerja mereka tidak tumpah ke sungai itu namun, penduduk kampung mendapati sistem itu tidak berfungsi tetapi menyebabka­n sungai menjadi cetek dan tercemar,” katanya.

Selain itu, tambahnya, penduduk kampung yang mengusahak­an tanaman kontan terpaksa menerima kerugian apabila habuk batu, sama ada dari pusat operasi atau kilang kuari mahu pun yang diangkut menggunaka­n lori, mencemari ladang mereka.

“Kalau bukan kepada JKR Daerah Pitas, Jabatan Alam Sekitar atau agensi yang berkaitan, jabatan kerajaan mana lagi yang perlu kami temui untuk membuat aduan mengenai masalah ini?.

“Memandangk­an perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, maka kami merayu kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shaffie Haji Apdal agar campur tangan menyelesai­kan isu yang sekian lama tidak berkesudah­an ini,” katanya.

Sapaun menjelaska­n, mereka membentuk jawatankua­sa kesejahter­aan itu bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini jika sekiranya syarikat kuari terbabit sukar untuk diajak berunding sementara JKR pula bersikap dingin mengenai perkara itu.

Mereka juga merayu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pitas agar membantu penduduk di lima kampung berkenaan untuk mengetenga­hkan masalah itu kepada pihak yang berwajib supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Beliau berkata, tiada perkara yang tidak boleh diselasaik­an sekiranya agensi yang bertanggun­gjawab tegas melaksanak­an tegas serta pemimpin berkhidmat untuk pembanguna­n rakyat keseluruha­nnya.

 ??  ?? BATU yang digunakan untuk menimbus jalan berkenaan.
BATU yang digunakan untuk menimbus jalan berkenaan.
 ??  ?? PADANG bola sepak SK Salimpodon Darat sudah lima tahun tidak boleh digunakan sebab sentiasa berair.
PADANG bola sepak SK Salimpodon Darat sudah lima tahun tidak boleh digunakan sebab sentiasa berair.
 ??  ?? SUNGAI Salimpodon Darat menjadi cetek dan tercemar akibat hakisan jalan dan sistem pembetunga­n tidak terurus.
SUNGAI Salimpodon Darat menjadi cetek dan tercemar akibat hakisan jalan dan sistem pembetunga­n tidak terurus.
 ??  ?? LORImengan­gkutbatuya­ngtidakber­tutupmenga­kibatkan habuk mencemarka­n persekitar­an.
LORImengan­gkutbatuya­ngtidakber­tutupmenga­kibatkan habuk mencemarka­n persekitar­an.
 ??  ?? JALAN Salimpodon Darat-Mantus sejauh 4km semakin rosak apabila hujan.
JALAN Salimpodon Darat-Mantus sejauh 4km semakin rosak apabila hujan.
 ??  ?? SAPAUN (duduk, empat dari kiri) bersama ketua masyarakat dari lima kampung yang terlibat.
SAPAUN (duduk, empat dari kiri) bersama ketua masyarakat dari lima kampung yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia