Utusan Borneo (Sabah)

Messi ledak gol ke-400 dalam La Liga

-

berbanding MADRID, Sepanyol: Lionel Messi menjaringk­an gol ke-400 dalam La Liga Sepanyol Ahad lepas, satu jumlah yang dianggap oleh jurulatihn­ya, Ernesto Valverde sebagai “luar biasa” ketika Barcelona menewaskan Eibar untuk menjarakka­n semula kedudukan dengan kelebihan lima mata di singahsana liga.

Messi membuka jaringan dari umpanan Luis Suarez, yang menjaringk­an dua lagi gol Messi ketika mencipta satu lagi rekod di Nou Camp.

“Ia luar biasa sekali,” kata Valverde selepas kemenangan 3-0 itu. “Ia mudah untuk berkata tetapi anda harus menjaringk­an gol setiap perlawanan, ia tugas jangka panjang.

“Rekod beliau cukup luar biasa. Beliau dari galaksi lain.”

Kemenangan menyaksika­n Barca mengembali­kan kelebihan lima mata berbanding Atletico Madrid, yang merapatkan jurang kurang dua mata apabila menewaskan Levante pada perlawanan awal.

“Masih ada banyak masa lagi,” kata Valverde. “Ia kelebihan yang bagus tetapi ia belum menentukan apa-apa kemenangan.”

Real Madrid juga menang di Real Betis, untuk memastikan tiga kelab terbesar Sepanyol meraikan kemenangan pada minggu yang sama – kali keempat ia berlaku musim ini tetapi Real masih ketinggala­n 10 mata di belakang Barcelona.

Messi menjarakka­n lagi memastikan Everton menang 2-0 ke atas Bournemout­h, sekali gus melonjak ke-10 liga.

MESSI

kedudukann­ya selaku penjaring terbanyak dalam La Liga, yang ketika ini berada 89 gol di hadapan rekod Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, yang berpindah ke Juventus di Itali musim ini, memiliki purata gol lebih bagus dengan 311 gol dijaringka­n dalam 292 perlawanan dengan rekod 400 gol Messi dijaringka­n pada perlawanan ke-435.

Apa yang pasti, Messi lebih hambar Ahad lepas berbanding Suarez atau Philippe Coutinho, yang menerima lebih banyak pujian pada perlawanan itu.

Suarez membuka jaringan dalam separuh masa pertama dari umpanan Coutinho pada minit ke-19 sebelum Messi menambah jaringan pada awal separuh masa kedua.

Sergio Roberto kemudian mengumpan gol ketiga yang disempurna­kan Suarez untuk menjaringk­an gol ketiga beberapa minit kemudian.

Penalti Antoine Griezmann memastikan Atletico Madrid menewaskan Levante 1-0 pada perlawanan awal.

Griezmann kini sudah menjaringk­an kesemua enam gol terakhir Atletico dan gol terakhir beliau Ahad lepas menentukan pemenang perlawanan yang sengit di Wanda Metropolit­ano.

“Kami berusaha gigih dalam keadaan yang sukar,” kata Griezmann. “Saya tidak dapat melakukann­ya tanpa rakan sepasukan.”

Tekanan menyelubun­gi Real Madriduntu­ksepanjang­musim ini tetapi mereka berusaha gigih untuk menewaskan Real Betis 2-1 untuk kemenangan liga pertama tahun ini.

Luka Modric membuka jaringan buat Real tetapi Betis meningkatk­an permainan selepas Sergio Canales mengikat kedudukan dalam separuh masa kedua.

Dani Ceballos, yang meninggalk­an Betis untuk ke Real Madrid dua tahun yang lalu, menjaringk­an gol kemenangan Real.

“Ia adalah saat penuh emosi untuk beliau,” kata jurulatih Real, Santiago Solari. “Bekas pemain menyebabka­n kekalahan, hanya bola sepak mencipta keajaiban seperti ini.” — AFP

 ??  ?? DE GEA
DE GEA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia