Utusan Borneo (Sabah)

Nadal ‘mengganas’ pada pusingan pertama, Sharapova beri amaran awal

-

MELBOURNE, Australia: Rafael Nadal tidak menunjukka­n sebarang belas ehsan pada pusingan pertama kejohanan Terbuka Australia ketika bintang Rusia, Maria Sharapova juga memberikan amaran awal kepada pencabarny­a Isnin lepas.

Nadal menamatkan musim 2018 untuk menjalani pembedahan pada kecederaan di bahagian kaki dan melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan pemain wildcard tuan rumah, James Duckworth 6-4, 6-3 dan 7-5.

“Bukan mudah untuk kembali selepas beberapa bulan, terutama sekali menentang seorang pemain yang beraksi sangat agresif pada setiap mata,” kata Nadal, juara di sini pada 2009, yang juga tidak menunjukka­n sebarang kerisauan tentang kecederaan­nya.

“Tenaga yang saya rasai di tempat ini adalah hebat,” tambah Nadal.

Pemain pilihan kedua kejohanan dari Sepanyol itu memburu rekod pemain pertama dalam era Terbuka dan yang ketiga dalam sejarah – bersama-sama Roy Emerson dan Rod Laver – untuk memenangi setiap kejohanan Grand Slam sebanyak dua kali atau lebih.

Pada perlawanan lain, pilihan kelima, Kevin Anderson dari Afrika Selatan, menamatkan cabaran Adrian Mannarino, finalis tahun lepas 6-3, 5-7, 6-2 dan 6-1.

Sharapova, juara di sini pada 2008 tetapi gagal menyerlah pada setiap kejohanan Grand Slam sejak kembali dari penggantun­gan kesalahan dadah pad 2017, menunjukka­n keazamanny­a tahun ini apabila membelasah pemain Britain, Harriet Dart 6-0 dan 6-0.

Bermain buat kali ke15 di sini, finalis tiga kali itu berkata beliau berasa gembira untuk meneruskan kemaraan ketika kembali dari kecederaan belakang.

“Ia ujian yang bagus untuk kaki dan bahu saya,” kata beliau.

“Saya masih cuba menangani beberapa kesakitan tetapi saya merasakan saya melakukan yang lebih baik untuk perlawanan hari ini.”

Pilihan kelima, Sloane Stephens, juara Terbuka Amerika (AS) pada 2017, yang bergelut pada kejohanan persediaan di Brisbane dan Sydney, memulakan kempen dengan menewaskan rakan senegarany­a dari AS, Taylor Townsend 6-4 dan 6-2.

Pilihan ke-11, Aryna Sabalenka dari Belarus, juga meneruskan kemaraan pada hari di mana suhu mencecah ke arah ramalan 37 darjah Selsius.

Tetapi pilihan ke-14 dari Jerman, Julia Goerges, yang menang kejohanan Klasik Auckland sebelum ini, tersingkir awal apabila tewas kepada Danielle Collins dari AS.

Pemain Britain, Katie Boulter, mencipta sejarah menjadi pemain wanita pertama untuk menang permainan tiebreak set ketiga – peraturan baharu diperkenal­kan di Terbuka Australia tahun ini.

Berbanding bermain sehingga siapa yang mendahului dua mata berbanding lawannya, set ketiga (wanita) atau kelima (lelaki) akan ditentukan permainan tiebreak baharu di mana jika terikat 6-7, mana-mana pemain yang terlebih dahulu mengutip mata ke-10 akan disahkan pemenang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia