Utusan Borneo (Sabah)

340 terima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan

-

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengetuai senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-71 keputeraan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Aminuddin menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain Aminuddin, turut menerima darjah SSNS ialah Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador.

Tuanku Muhriz turut berkenan menganuger­ahkan Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dr Razali Ab Malik dan Setiausaha Agung Kementeria­n Hal Ehwal Parlimen Maghribi, Dr Hassan Ammari.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan Prof Dr Nasrudin Mohammed, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Muhammad Haizuan Rozali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali@ Mat Jali dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali pula adalah antara 16 penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Sebanyak sembilan orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) termasuk Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM Prof Madya Dr Mohd Yahya Mohamed Arifin, Dekan Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Jamia Azdina Jamal dan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak.

Turut menerima DNS ialah Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor dan Pegawai Daerah Kuala Pilah Syahrul Nizam Saleh.

Pada tahun ini, lima orang menerima pingat Darjah Tuanku Muhriz (DTM) termasuk Pakar Perunding Nefrologi dan Perubatan, Pusat Perubatan UKM Dr Kong Wei Yen, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Mohd Nizam Mohd Akhir dan Pengarah Persatuan Skuasy Malaysia Mej (B) S. Subramania­m. -Bernama

 ??  ?? TUANKUMuhr­izberkenan­mengurniak­anpingatDa­rjahSeri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti pada Isnin. -Gambar Bernama
TUANKUMuhr­izberkenan­mengurniak­anpingatDa­rjahSeri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti pada Isnin. -Gambar Bernama
 ??  ?? TUANKU Muhriz berkenan mengurniak­an pingat Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti pada Isnin. -Gambar Bernama
TUANKU Muhriz berkenan mengurniak­an pingat Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia