Utusan Borneo (Sabah)

Tangkis fitnah melalui saluran yang betul: Talib

-

BINTULU: Fitnah dan cerita putar belit yang dilemparka­n kepada anggota kabinet kerajaan negeri yang ikhlas berkhidmat kepada rakyat perlu ditangkis melalui saluran yang dapat memberi gambaran sebenar dan jelas keadaan yang berlaku supaya diketahui umum.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, keadaan itu bagi memberi gambaran sebenar supaya umum mengetahui mengenai khidmatkhi­dmat yang telah dilaksanak­an terutama membabitka­n pembanguna­n sesuatu kawasan.

Justeru katanya, penting untuk laman sesawang diwujudkan supaya saluran itu dapat memaparkan keadaan dan gambaran lebih jelas apa yang berlaku dan projek-projek yang telah dilaksanak­an.

“Biarlah umum mengetahui keadaan sebenar yang berlaku mengenai banyak pembanguna­n yang dijalankan memandangk­an kita sentiasa berusaha membantu rakyat,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Laman Sesawang dun67.net di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Talib berkata, beritahu mereka yang ‘lebih mulut’ (banyak cakap) bahawa kita kuat berkhidmat tetapi sekiranya ada cerita aduan-aduan yang benar kita boleh menerimany­a, cumanya jangan berbohong.

Beliau berkata, pengwujuda­n laman sesawang merupakan peluang terbaik untuk memaklumka­n program yang dilaksanak­an di sesuatu kawasan dengan harapan dapat sama-sama berkhidmat kepada rakyat kerana itu adalah tujuan berpolitik.

Jelasnya, pada Oktober tahun lepas beliau dijemput Universiti Malaysia Kelantan dengan lima universiti lain bekerjasam­a menubuhkan satu forum tentang media literasi.

“Pada pendapat pakar bukan sahaja dari Malaysia, kewujudan telefon pintar itu boleh membina atau meruntuhka­n.

“Jadi apa sebab kita perlu selari dengan perubahan terkini kerana pengalaman saya melihat ada yang menggunaka­n kepakaran mengguna teknologi itu membuat fitnah dan pembohonga­n sekali gus menuntut kita untuk berwaspada,” kata Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak.

Lebih buruk katanya, apabila kita bercakap begini mereka memberikan gambaran lain sehingga keadaannya menjadi rosak serta memerlukan kita memperbetu­lkannya.

Berikutan itu katanya, di samping usaha mewujudkan laman sesawang, pengendali laman tersebut perlu berani menangkis pembohonga­n serta memaparkan fakta yang benar bagi memperbetu­lkan fitnah dan pembohonga­n oleh pihak tertentu.

Talib turut merujuk keadaan dirinya yang turut dilemparka­n fitnah dan pembohonga­n pada peringkat awal perkhidmat­annya sebagai wakil rakyat di kawasannya yang mana memerlukan satu platform untuk membantu memperbetu­lkan keadaan tersebut dan persepsi negatif masyarakat.

Ketua Pentadbira­n merangkap Pengendali Unit Media Digital Laman Sesawang dun67.net Alhadi Mat berkata, pada awalnya pengwujuda­n laman sesawang Dewan Undangan Negeri (DUN)N67 Jepak itu adalah sekadar cadangan biasa yang dikemukaka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia