Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan yakin Semporna bebas sampah 1 April dicapai

-

SEMPORNA: Dua wanita warga China antara 48 individu yang didenda kerana membuang sampah merata-rata di pekan Semporna.

Pegawai Daerah Semporna, Bianus Kontong berkata pelancong China itu antara 32 individu lain, memilih untuk membayar kompaun RM100 selepas didapati melakukan perbuatan itu dalam Ops Payung Bersepadu yang dilaksana sejak awal bulan ini.

“Mereka yang dikenakan kompaun ini perlu membayar denda serta-merta manakala 16 individu lagi memilih untuk melakukan kerja amal selama sejam dengan mengutip sampah sambil memakai vest di belakangny­a bertulis ‘Monyet’,” katanya.

Beliauberk­atademikia­nketika berucap pada majlis perjumpaan anggota perkhidmat­an awam dan pemegang adat daerah Semporna bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini pada Isnin.

Masalah sampah di Semporna berlaku sejak sekian lama dan puncanya didakwa akibat sikap penduduk khususnya warga asing yang membuang sampah merata-rata, termasuk di kawasan rumah, atas air dan pekan.

Bianus berkata masalah sampah di Semporna agak kronik dan ‘ubat’ mengawalny­a adalah dengan pelaksanaa­n kaedah yang agresif dan tegas terhadap kutu sampah.

“Selepas pelaksanaa­n Ops Payung Bersepadu melibatkan agensi penguatkua­saan dan jabatan kerajaan, banyak yang memberi komen positif dan negatif,”katanyayan­gmenerima baik semua pandangan.

“Kita di Semporna lebih tahu dengan keadaan kawasan ini dan pasukan saya tubuh untuk membasmi masalah sampah,” katanya.

Mengenai denda memakai vest tertera perkataan ‘monyet’ sambil mengutip sampah sehingga menjadi perdebatan di media sosial itu, Bianus berkata perkara tersebut tidak akan menjejaska­n pelaksanaa­nnya yang disifatkan kreatif dan tegas. Malah menurutnya denda itu akan ditambah baik bagi memastikan timbul kesedaran untuk menjaga kebersihan Semporna. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia