Utusan Borneo (Sabah)

Kraftangan daripada bahan kitar semula jadi doorgift

Defenty olah bakul kecil jadi doorgift unik

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

DENGAN hanya menggunaka­n bahan kitar semula termasuk surat khabar, Defenty Aetie Jaunes berjaya mengolah bakul kecil sebagai doorgift yang unik.

Kraftangan pelbagai bentuk itu mula dihasilkan oleh ibu kepada dua orang anak ini selepas melihat keperluan serta potensi perniagaan ini melalui media sosial.

“Melihat kepada keperluan kraftangan ini yang semakin diminati serta popular dalam kalangan pengguna media sosial, saya mula menanam minat untuk menceburi bidang keusahawan­an dengan menumpukan kepada pembuatan kraf.

“Keadaan pada waktu itu juga memberikan saya sebagai surirumah satu peluang untuk mendapatka­n pendapatan sampingan yang boleh membantu keluarga,” katanya.

Menurutnya produk pertama yang dihasilkan adalah bakul kecil yang digunakan sebagai doorgift untuk pelbagai acara termasuk perkahwina­n, hari jadi, dan acara lainnya.

“Apa yang mendorong saya untuk berjaya menghasilk­an kraftangan ini adalah bermula dari ibu saya sendiri yang banyak memberikan dorongan serta nasihat kepada saya.

“Beliau banyak memberikan kata-kata semangat selain membantu sedikit sebanyak mengajar membuat kraftangan ini sehinggala­h saya mampu menguasai teknik pembuatan kraftangan yang sangat unik ini,” katanya.

Beliau berkata apa yang istimewany­a dengan kraftangan ini adalah ianya dibuat berdasarka­n tempahan pelanggan iaitu mengikut citarasa yang diinginkan selain unik dengan apa sahaja bentuk yang diolah oleh Defenty sendiri.

“Selalunya jika membabitka­n majlis perkahwina­n pelanggan akan melihat rekabentuk yang ada dan jika mereka inginkan design sendiri maka mereka akan menerangka­n kepada kami sebelum kami membuat sepertiman­a yang diinginkan.

“Saya juga berusaha membuat sendiri rekabentuk bakul ini agar lebih menarik dan diminati oleh pelanggan saya,” katanya.

Anak kelahiran Kampung Donggiluan­g Bundu ApinApin Keningau ini berkata sejak menceburi bidang ini rata-rata pelanggann­ya adalah dalam kalangan rakan-rakan serta pengguna media sosial.

“Pelanggan yang banyak menyokong serta mendapatka­n produk saya adalah rakan saya sendiri serta ahli keluarga yang berminat dengan kraftangan yang saya hasilkan.

“Disamping itu pengguna media sosial juga banyak menempah produk saya secara dalam talian kerana saya memasarkan produk melalui akaun laman sosial Facebook iaitu Fenty Jaunes Doorgift dan page menggunaka­n nama Sabah Doorgift,” katanya.

Menurutnya beliau sangat gembira kerana semakin ramai

yang menyukai serta meminati apa yang dihasilkan berikutan kraftangan­nya itu diolah dengan penuh semangat dan keikhlasan.

“Saya gembira kerana hasil tangan sendiri dikenali ramai dan apa yang penting ianya dihargai di mata orang lain terutamany­a pelanggan saya sendiri yang turut berkongsi perihal kraftangan saya kepada rakan-rakan lain.

“Usaha saya dalam membuat pemerhatia­n krafkraf unik yang dihasilkan di merata tempat membuatkan hasil kraftangan saya menjadi lebih baik selain menarik bagi pelanggan saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan dalam menghasilk­an sesuatu terutamany­a pengolahan kraftangan ini kadangkala membawa cabaran

“Apa yang mendorong saya untuk berjaya menghasilk­an kraftangan ini adalah bermula dari ibu saya sendiri yang banyak memberikan dorongan serta nasihat kepada saya. Beliau banyak memberikan kata-kata semangat selain membantu sedikit sebanyak mengajar membuat kraftangan ini sehinggala­h saya mampu menguasai teknik pembuatan kraftangan yang sangat unik ini.

DEFENTY AETIE JAUNES

tersendiri.

“Apa yang saya hadapi ialah masalah kekangan masa untuk menyiapkan kraftangan kerana saya sebagai surirumah semestinya perlu membahagik­an masa kepada minat serta tanggungja­wab hakiki.

“Bagaimanap­un kita hendaklah bijak membahagik­an masa dan membuat jadual agar masa membuat kraftangan dan tanggungja­wab dapat dibahagika­n sama rata.

“Jika ada masa terluang saya akan membuat dan menyiapkan kraftangan dan syukurlah setakat ini belum pernah lewat menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya.

Defenty berkata pada masa sama beliau juga mempelbaga­ikan produk keluaranny­a dengan menghasilk­an turban headband yang dicipta sendiri.

“Turban headband ini saya jahit sendiri menggunaka­n bahan dari perca kain untuk membuat pakaian dan baju.

“Apa yang istimewa dengan produk ini adalah ianya diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang diperoleh dari bahan utama untuk baju batik dan baju Melayu.

“Ianya juga tahan lama berikutan dijahit dengan teliti dan dihasilkan satu persatu mengikut standard saiz wanita dewasa,” katanya.

Tambahnya turban yang boleh disiapkan dalam 20 minit ini dijual dengan harga berpatutan selain membolehka­n pelanggan menempah mengikut saiz tersendiri contohnya corak sedondon antara ibu dan anak.

“Turban headband ini agak istimewa kerana ianya adalah ia adalah custom made dan tidak sama dengan headband lain di luar sana,” katanya.

Beliau berkata jika diberikan kesempatan serta peluang, perniagaan kraftangan­nya itu akan diluaskan lagi dan gembira jika anak perempuann­ya mempunyai minat sama dan beliau akan mendorong anaknya itu sepertiman­a beliau didorong oleh ibunya.

 ??  ??
 ??  ?? DEFENTY bersama ibunya sedang membuat kraftangan daripada surat khabar.
DEFENTY bersama ibunya sedang membuat kraftangan daripada surat khabar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN design bakul unik yang dihasilkan oleh Defenty.
SEBAHAGIAN design bakul unik yang dihasilkan oleh Defenty.
 ??  ?? TEMPAHAN kraftangan Defenty yang dijadikan doorgift.
TEMPAHAN kraftangan Defenty yang dijadikan doorgift.
 ??  ?? TURBAN Headband yang dihasilkan daripada kain berkualiti tinggi.
TURBAN Headband yang dihasilkan daripada kain berkualiti tinggi.
 ??  ?? DEFENTY turut membuat bakul mempunyai penutup.
DEFENTY turut membuat bakul mempunyai penutup.
 ??  ?? DEFENTY bersama anaknya.
DEFENTY bersama anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia