Utusan Borneo (Sabah)

Hari keluarga platform terbaik perkukuh silaturahi­m

-

KUDAT: Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Muhamarin berkata,sebahagian­masyarakat masa kini jarang menganjurk­an majlis hari keluarga yang bertujuan mengumpul ahli keluarga jauh dan dekat demi mengekalka­n kekeluarga­an atau salasilah keluarga.

Katanya, sambutan hari keluarga yang dipenuhi pelbagai aktiviti sukan tradisi, rekreasi, suai kenal ahli keluarga dan sebagainya memperkuku­h lagi ikatan kekeluarga­an.

“Di zaman serba maju dan berdaya saing ini, semuanya boleh berlaku, apatah lagi gajet komunikasi pun semuanya canggih.

“Bagaimanap­un, kita hendaklah sentiasa berwaspada menjaga ahli keluarga kita masing-masing agar tidak ketinggala­n dalam bidang pelajaran dan agama, ekonomi serta pelbagai program lain.

“Awasi keluaga kita daripada terjebak aktiviti tidak bermoral yang boleh menghancur­kan masa depan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Adun Banggi diwakili oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Banggi Miasin Nasirin pada Majlis Sambutan Hari Keluarga Waris Mohd Taib dan Enceh di pusat peranginan Pantai Bak Bak Kudat.

Mohammad berkata, kehadiran seramai 350 orang bukanlah jumlah sedikit dalam sesebuah keluarga. Mereka perlu sentiasa disatukan agar silaturahi­m sentiasa harmoni, sesuai dengan tema

hari keluarga itu, ‘Seuntai kasih, sejambak rasa, selautan sayang’.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur Abdul Khan Amirul berkata, program berkenaan telah diilhamkan oleh Hj Siti Armah yang merupakan genarasi ketiga waris berkenaan.

Katanya, asal usul waris Mohd Taib dan Enceh berasal dari Kampung Balak Balak Pulau Banggi yang sentiasa berpindah randah untuk mencari kehidupan lebih selesa dan bermakna.

Maka, pada tahun 1970 ramai dari kalangan waris itu berhijrah ke Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Hasil daripada penghijraa­n itu, akhirnya keluarga ini menemui jalan penyelesai­an apabila ahli keluarga yang dulunya terpisah bertemu kembali di daerah Kudat.

“Program seumpama ini diteruskan setiap tahun agar silaturahi­m bertambah erat, bahagia dan kekal sepanjang hayat,” katanya.

Sementara itu, pelbagai aktiviti dijalankan sempena majlis itu seperti senamrobik, sukan kanak-kanak, boling padang, anyam ketupat, suai kenal keluarga dan banyak lagi.

Sementara sebelah malamnya, acara perasmian yang menyaksika­n pelbagai aktiviti telah disusun atur, antaranya penyampaia­n Anugerah Bapa Mithali dan Anugerah Ibu Mithali, serta tazkirah acara kebudayaan runsai dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Abdul Gani Hayun.

 ??  ?? (Gambar kiri) ANTARA 350 ahli keluarga yang hadir mengabadik­an gambar kenangan.
(Gambar kiri) ANTARA 350 ahli keluarga yang hadir mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? MIASIN (tengah), Hairi (dua dari kiri), Gani (dua dari kanan) dan yang lain memotong kek sebagai gimik perasmian program.
MIASIN (tengah), Hairi (dua dari kiri), Gani (dua dari kanan) dan yang lain memotong kek sebagai gimik perasmian program.
 ??  ?? HAIRI menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an anyam ketupat ibu dan veteran.
HAIRI menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an anyam ketupat ibu dan veteran.
 ??  ?? MIASIN (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Bapa Mitahli kepada Hairi.
MIASIN (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Bapa Mitahli kepada Hairi.
 ??  ?? MIASIN (kanan) menyampaik­an Anugerah Ikon Ibu kepada Kamrah.
MIASIN (kanan) menyampaik­an Anugerah Ikon Ibu kepada Kamrah.
 ??  ?? ANTARA aktiviti sukan untuk kanak-kanak.
ANTARA aktiviti sukan untuk kanak-kanak.
 ??  ?? PERTANDING­AN anyam ketupat golongan ibu dan veteran.
PERTANDING­AN anyam ketupat golongan ibu dan veteran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia