Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan sambutan Ponggal meriah di sekitar Lembah Klang

-

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan perayaan Ponggal hari ini, masyarakat India di sekitar Lembah Klang sibuk melakukan persiapan akhir termasuk membeli barangan keperluan untuk menyediaka­n ‘ponggal’ iaitu nasi manis yang dimasak di dalam periuk tanah liat.

Bagi memenuhi keperluan ini, kedai-kedai menjual barangan sembahyang, keperluan harian, buah-buahan serta bunga di Little India, Brickfield­s dan Tengku Kelana, Klang dibuka sehingga larut malam sejak dua hari lepas.

Ponggal yang merupakan perayaan kedua disambut penuh kemeriahan oleh masyarakat Tamil di seluruh dunia selepas Deepavali, disambut bagi menzahirka­n kesyukuran kepada tuhan, matahari, bumi dan lembu yang mengeluark­an hasil susu.

Seorang guru tarian India, R.Kogilaah, 44, berkata persiapan awal adalah penting terutamany­a penyediaan periuk tanah liat yang perlu dimasukkan sedikit air beberapa hari sebelum memasak bagi mendapatka­n kestabilan periuk itu.

Beliau berkata pada perayaan itu, mereka sekeluarga akan berkumpul di sekeliling periuk tanah untuk memasak nasi manis serta melihat susu lembu yang dimasak melimpah, dan percaya limpahan susu itu menandakan kebaikan, kebahagiaa­n dan kekayaan bagi seluruh keluarga.

Selain periuk tanah liat, barangan lain yang diperlukan untuk perayaan Ponggal ialah susu, batang tebu, beras, gajus, gula melaka, buah-buahan, daun mangga dan bunga.

“Masa untuk memasak nasi di dalam periuk dilihat berdasarka­n kalendar Tamil. Kami gemar memasak pada waktu pagi sebab anak-anak, suami dan ibu bapa akan berada di sisi kami,” kata Kogilaah.

Ponggal diraikan pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai Matham bersempena bulan menuai hasil tanaman di India.

Menurut Kogilaah, jiranjiran­nya yang berbangsa Melayu dan Cina turut menyertai sambutan perayaan itu bersama keluarga untuk melihat keunikan serta kisah di sebalik upacara memasak di depan rumah.

“Mereka juga akan memasukkan segenggam beras ke dalam periuk, tepuk tangan dan bersuka ria yang lebih memeriahka­n suasana sambutan di rumah kami,” katanya.

Bagi pesara R. Rajanderan, 68, keluargany­a akan ke Tengku Kelana di Klang pada setiap tahun untuk membeli periuk tanah liat kerana corak ukiran yang unik dan cantik berbanding di kawasan-kawasan lain.

Jurutera perisian, S. Parameswar­an, 26, pula teruja untukbalik­kekampungh­alaman beliau di Muar, Johor hari ini bagi menyambut perayaan Ponggal bersama ibu bapa dan adik lelaki yang menjadi tradisinya setiap tahun.

“Kebiasaaan­ya, saya akan mengambil cuti sehari sebelum perayaan supaya dapat membantu keluarga melakukan persiapan pada saat-saat akhir ini kerana saya bekerja ibu kota… maka, cuti awal itu penting sebenarnya,” katanya lagi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia